80 Peratus Tenaga Kerja Kilang ‘Copper Foil’ SK Nexilis Di KKIP Untuk Penduduk Tempatan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 80 peratus tenaga kerja kilang ‘Copper Foil’ SK Nexilis (M) Sdn Bhd yang akan dibuka nanti adalah untuk penduduk tempatan negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian (MID), Datuk Dr. Joachim Gunsalam telah mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan kilang ‘Copper Foil’ SK Nexilis (M) Sdn Bhd untuk melihat perkembangan pembinaan kilang berkenaan di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) kelmarin.

Menurut Dr. Joachim, SK Nexilis membuat pelaburan sebanyak RM4.2 bilion dan ini merupakan pelaburan terbesar yang dimeterai dan telah bertapak di Sabah secara rasminya.

Katanya, apabila pembinaan kilang cooper foil ini siap sepenuhnya, ia akan membuka lebih 400 peluang pekerjaan di mana 80 peratus akan diambil daripada penduduk tempatan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SK Nexilis, Shin Dong Hwan telah menyatakan kepada Dr. Joachim bahawa mereka memerlukan lebih kurang 20 puluh jurutera untuk bekerja di sini sehingga kilang siap sepenuhnya pada tahun 2023.

Pada 23 Mac lalu, K.K.I.P Sdn Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama SK Nexilis (M) Sdn Bhd bagi pembangunan industri ‘copper foil yang disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Hadir sama semasa lawatan kerja tersebut ialah Setiausaha Tetap MID, Thomas Logijin dan Timbalannya, Benedict Bisoni, Pengarah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR), Tseu Kei Yue serta wakil beberapa agensi-agensi kerajaan lain seperti Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Air Sabah, Unit Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah, Invest Sabah Berhad, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Jabatan Imegresen Malaysia cawangan Sabah, Jabatan Tenaga Kerja dan PERKESO Negeri Sabah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *