HomeUtamaPERKIS Akan Terus Laksana Aktiviti Dakwah & Keagamaan Di Sabah

PERKIS Akan Terus Laksana Aktiviti Dakwah & Keagamaan Di Sabah

Read Time:56 Second

BEAUFORT: Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah (PERKIS) akan meneruskan segala aktiviti dan perancangan bagi melaksanakan aktiviti dakwah dan keagamaan di negeri ini.

Timbalan Presiden 1 PERKIS Abdul Sani Marif berkata, pertubuhan yang ditubuhkan pada 21 Februari tahun lalu itu diasaskan oleh bekas Ahli Parlimen Beaufort Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin.

“Pemergian Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin yang juga Presiden PERKIS sememangnya satu kehilangan besar buat kami barisan kepimpinan PERKIS Negeri Sabah.

“Beliau merupakan seorang pemimpin yang baik, dihormati dan disegani oleh semua lapisan rakyat.  InsyaAllah kami akan terus melaksanakan segala program yang telah dirancang sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi pusara Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kebatu disini baru-baru ini.

Bacaan Yasin dan Tahlil turut diadakan serta dihadiri Isteri Allahyarham Datin Seri Normilah Siong dan anaknya Mohd Azman Lajim.

Sani berkata, PERKIS juga akan terus memperkasakan dan memartabatkan keperluan umat Islam melalui pertubuhan itu.

“Alhamdulilah sebelum ini PERKIS telah melancarkan satu Tabung Kemanusiaan Palestin dan pembinaan surau di salah sebuah kampung di Ranau.

“Kita juga dijangka akan mengadakan mesyuarat presiden bagi membincangkan perkara yang berkaitan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular