COVID-19: Sabah Catat 84 Kes Kematian Tertinggi

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:2 Minute, 32 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sebanyak 84 kes kematian akibat jangkitan virus COVID-19 dicatatkan di Sabah hari ini.

Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebanyak 84 kes kematian tertinggi dilaporkan di Sabah pada hari ini iaitu 18 kes di Kota Kinabalu, 14 kes di Sandakan, 10 kes di Kota Belud, sembilan kes di Penampang dan tujuh kes di Tawau, empat lagi kes kematian turut direkodkan masing-masing di Lahad Datu, Kota Marudu dan Pitas, tiga kes kematian juga dilaporkan di Tuaran, dua kes di Keningau, Putatan,Papar dan Tenom manakala Semporna, Kunak serta Nabawan masing-masing mencatatkan satu kes.

Walau bagaimanapun jumlah kes COVID-19 hari ini turun di bawah angka 2,000 kes, iaitu 1,717 kes, penurunan sebanyak 446 kes berbanding 2,163 kes semalam.

Menurut Masidi, bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 1,950 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 148,248 orang, manakala 4,858 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,631 orang di hospital, 3,146 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 71 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala 10 orang di fasiliti swasta.

“Manakala bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 216 orang merangkumi 128 di ICU/repurposed kritikal care serta 88 di open ward (HDW/kubikel akut) dan 80 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated),” kata Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Walaupun ada daerah yang mencatat kenaikan kes tetapi kes di beberapa daerah menurun pada jumlah yang signifikan.

Katanya, Daerah Kota Kinabalu turun (-257) kes kepada kepada(192) kes, Papar (-19) kes, Kota Marudu (-55) kes, Lahad Datu (-42) kes, Putatan (-39) kes, Kudat (-32) kes dan Keningau (-14) kes. Daerah Sandakan mencatatkan kes tertinggi di Sabah hari ini dengan (255) kes, (+10) kes lebih tinggi daripada semalam, Tuaran (+36) kes (Kluster Bawah Bayu, Tuaran menyumbang 47 kes), Pitas (+11) kes, Kinabatangan (+28) kes dan Tambunan (+6) kes.

Masidi juga turut memaklumkan bahawa daripada 1,717 kes hari ini, 658 kes atau 38.3% adalah kes lewat daftar antara 2 hingga 3 hari, 49 kes atau 2.9% lewat daftar antara 4 hingga 5 hari dan 67 kes atau 3.9% lagi lewat didaftar melebihi 5 hari selepas keputusan saringan diketahui.

Dalam pada itu, 977 kes atau 56.9% daripada 1,717 kes yang dicatat hari ini diperolehi melalui Saringan Kontak Rapat, 464 kes atau 27.0% melalui Saringan Bergejala, 67 kes daripada Saringan Kluster, dua kes melalui Saringan Bersasar dan 207 kes melalui Saringan Lain-lain. Terdapat 25 kes melibatkan OKT (Orang Kena Tahan) manakala 45.5% daripada kes di Tawau datang daripada Saringan Bergejala, 44.1% di Penampang, 29.7% di Kota Kinabalu dan 29.4% di Sandakan.

“Sementara itu, seramai 557 kes atau 32.4% daripada 1,717 kes adalah pesakit dalam Kategori 1, 1,026 kes atau 59.8% dalam Kategori 2, sembilan kes dalam Kategori 3, 11 kes dalam Kategori 4 dan tujuh kes dalam Kategori 5, namun 107 kes lagi masih dalam siasatan lanjut,”katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *