PICK: Syarat Wajib Lengkap Vaksinasi Dilanjutkan Ke 21 September

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU : Pelaksanaan peraturan mensyaratkan semua pekerja dan pelanggan bagi sektor perdagangan dan pengedaran, restoran serta pasaraya yang lengkap divaksinasi dilanjutkan pada 21 September ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia berikutan tahap peratusan vaksinasi seluruh Sabah sehingga kini baru mencapai 52 peratus populasi dewasa lengkap di vaksinasi.

“Orang ramai diingatkan sekali lagi bahawa semua pekerja dan pelanggan bagi semua sektor perdagangan dan pengedaran, restoran serta pasaraya hendaklah telah lengkap divaksinasi (telah menerima dua dos vaksin).

“Ini pada mulanya diumumkan untuk mula dikuatkuasakan selepas 15 September ini. Maka tarikh kuatkuasa ini dilanjutkan ke 21 September, yakni tarikh sasaran Sabah mencapai tahap vaksinasi 60 peratus,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, terdapat kelewatan pekerja di sektor perdagangan dan pengedaran, restoran serta pasaraya untuk menerima dos kedua khususnya jenis vaksin Astra-Zeneca.

Katanya, oleh yang demikian, para majikan boleh memohon pengecualian sementara.

“Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan menyenaraikan nama kakitangan mereka yang terlibat, tarikh pengambilan dos pertama dan jadual tarikh pengambilan dos kedua,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *