HomeUtamaMurid Hadir Ke Sekolah Mulai 3 Oktober Guna Sistem Penggiliran

Murid Hadir Ke Sekolah Mulai 3 Oktober Guna Sistem Penggiliran

Read Time:1 Minute, 5 Second

PUTRAJAYA: Murid-murid akan dibenarkan hadir ke sekolah mulai 3 Oktober ini menggunakan sistem penggiliran.

Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, setiap kelas akan dibahagi kepada dua kumpulan, dengan memastikan sebanyak 50 peratus enrolmen secara keseluruhan.

“Setiap kelas akan menggunakan sistem penggiliran minggu, kita ambil contoh Tingkatan 5A mempunyai 36 murid, jadi dibahagi kepada 18 orang untuk membentuk kumpulan A dan kumpulan B.

“Minggu pertama, kumpulan A akan datang ke sekolah manakala kumpulan B akan menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Bagi minggu kedua, kumpulan B akan datang ke sekolah, kumpulan A akan berada di rumah, begitulah setiap minggu kedua-dua kumpulan ini mengadakan penggiliran,” katanya dalam sidang akhbar pengoperasian sekolah hari ini.

Menurut beliau, guru-guru  akan memberikan garis panduan semasa murid-murid berada di sekolah supaya mereka boleh mengadakan pembelajaran menggunakan bahan-bahan yang disarankan ketika minggu PdPR.

“Sistem penggiliran ini memastikan anak-anak dapat kembali ke sekolah dalam keadaan selamat. Ia juga mengurangkan jumlah murid dalam kelas sebagai usaha menangani Covid-19,” katanya.

Murid-murid yang dikecualikan daripada menggunakan sistem penggiliran tersebut ialah murid berkeperluan khas, Tingkatan Enam Semester Dua, murid berasrama penuh, murid kelas peperiksaan antarabangsa, murid prasekolah dan sekolah kurang murid yang mempunyai kurang 150 murid, namun tertakluk kepada fasa negeri masing-masing. – Utusan Online

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya