HomeUtamaPengorekan Kabel Bawah Tanah Oleh Pihak Ketiga Menyebabkan Kerosakan & Gangguan Bekalan...

Pengorekan Kabel Bawah Tanah Oleh Pihak Ketiga Menyebabkan Kerosakan & Gangguan Bekalan Elektrik Akan Berdepan Dengan Tindakan Undang-Undang

Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Insiden kecuaian pengorekan oleh pihak ketiga terhadap kabel bawah tanah SESB semasa perlaksanaan projek pembesaran jalan sekali lagi menyebabkan gangguan bekalan elektrik walaupun sebelum ini Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah memberi peringatan dan ada yang telah diambil tindakan undang-undang ke atas mereka.

Terkini, lebih kurang 3,000 pengguna berhadapan dengan gangguan bekalan selama hampir dua jam apabila kerosakan ke atas kabel bawah tanah SESB terjadi disebabkan pengorekan oleh pihak kontraktor pelebaran jalan.

Kejadian pada Sabtu di Jalan Tuaran ke Pencawang Elektrik Simpang Sepanggar menyebabkan bekalan terganggu pada jam 11.53 pagi dan kerja-kerja pemulihan oleh pasukan teknikal SESB dilaksanakan secara berperingkat.Bekalan berjaya dipulihkan sepenuhnya pada jam 2.49 petang.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Idris Mohd Noor berkata kerja-kerja pengorekan pihak ketiga merupakan antara cabaran utama kepada usaha SESB memberikan bekalan elektrik tanpa gangguan kepada pengguna.

Beliau menjelaskan kejadian tersebut adalah kejadian kedua berlaku dalam minggu ini dengan kejadian pertama pada Rabu lalu di Kampung Sodomon, Kepayan.

“Kerja-kerja pengorekan oleh Pemaju Pembangunan Pelbagai di Kampung Sodomon Kepayan menyebabkan gangguan bekalan kepada lebih 2,000 pengguna di kawasan sekitar bermula
pada jam 1.42 petang dan bekalan dipulihkan pada lewat petang,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam pada itu, Ir Idris berkata kecuaian dan kesilapan seumpama ini bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada SESB, malah yang lebih utama ianya juga akan menimbulkankerumitan kepada pengguna SESB yang terlibat yang sekaligus akan menjejaskan imej SESB yang bertungkus lumus untuk sentiasa memperbaiki tahap perkhidmatannya.

Justeru, SESB memohon supaya pihak kontraktor dan orang ramai untuk memaklumkan terlebih dahulu sebarang aktiviti pengorekan di bahu jalan kepada SESB agar aktiviti pengesanan kabel dapat dilakukan sebelum kerja-kerja pengorekan dibuat.

Perkara ini dapat menjamin keselamatan dan sekaligus mengelakkan insiden gangguan bekalan elektrik yang berpanjangan, katanya lagi.

Beliau berkata sebelum ini, sebanyak 78 kes korekan yang dilakukan oleh salah satu kontraktor pelebaran jalan telah dimajukan untuk tindakan undang-undang oleh SESB.

“Kita berharap tindakan undang-undang dapat dipercepatkan,” katanya lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya