COVID-19: Sabah, 53 Kes Kematian, 2,163 Positif

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 38 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Jumlah kes kematian di Sabah dilaporkan meningkat hari ini iaitu sebanyak 53 kes melibatkan 22 kes di Sandakan, enam kes di Tawau, lima kes di Penampang, empat kes di Kota
Belud, tiga kes di Keningau, Tuaran dan Kota Kinabalu, dua kes di Kinabatangan manakala Semporna, Tenom, Tongod, Telupid dan Pitas masing-masing mencatatkan satu kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes positif COVID-19 hari ini iaitu 2,163 turun sedikit dari jumlah 2, 246 semalam selain daerah Kota Kinabalu naik mendadak hari ini kepada 449 kes berpunca daripada 134 kes baharu di kalangan tahanan di Depo Imigresen Kota Kinabalu. Sebanyak 153 kes melibatkan Orang Kena Tuduh (OKT) di seluruh negeri Sabah hari ini.

Dalam pada itu, daerah-daerah yang mencatatkan peningkatan kes itu Daerah Kota Marudu, kes bertambah menjadikan 155 kes, Ranau 85, Kalabakan 60 kes dan Putatan 103 kes.

Namun beberapa daerah juga ada penurunan kes iaitu Kinabatangan 18 kes, Lahad Datu 141, Tuaran 112 dan Kota Belud 56.

Menurut Masidi, daripada 2,163 kes hari ini, 756 kes atau 35.0% adalah kes yang berdaftar lewat antara 2 hingga 3 hari selepas keputusan saringan diketahui, 249 kes atau 11.5% lewat daftar antara 4 hingga 5 hari dan 174 kes atau 8.0% adalah kes yang lewat daftar melebihi 5 hari.

Saringan Kontak Rapat menyumbang 57.6% atau 1,246 kes daripada (2,163) kes hari ini, Saringan Bergejala 31.2% atau 675 kes, Saringan Kluster 36 kes, Saringan Bersasar lapan kes dan Saringan Lain 198 kes.

Sebanyak 83.2% atau 1,799 kes hari ini melibatkan warganegara Malaysia dan 16.8% atau 364 kes pula adalah bukan warganegara.

Sementara, kes mengikut peringkat umur iaitu 181 kes melibatkan kanak-kanak yang berumur 5 tahun kebawah termasuk 22 kes adalah bayi yang berumur kurang daripada satu tahun manakala 397 kes atau 18.4% adalah remaja yang berumur antara 6 hingga 17 tahun.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *