KOTA KINABALU : Kerajaan negeri melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (COVID-19) membenarkan agensi nombor ramalan dan kelab lumba kuda beroperasi bermula esok.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kebenaran itu adalah selaras dengan kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
“Premis yang menjalankan operasi agensi nombor ramalan dan kelab lumba kuda akan dibenarkan beroperasi bermula esok.
“Selaras dengan kelulusan MOF untuk membenarkan operator perjudian yang dilesenkan oleh MOF dan kelab lumba kuda di bawah Lembaga Totalisator Malaysia untuk beroperasi mulai esok,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.
Beliau turut mengingatkan semua pekerja dan pelanggan bagi kategori perniagaan ini perlu lengkap divaksin.
Katanya, selain itu pekerja dan pelanggan juga perlu berstatus risiko rendah COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera.