Tun Juhar Terima Kunjungan Hormat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:44 Second

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat Setiausaha Kerajaan Negeri,  Datuk Seri Panglima Safar Untong di Istana Seri Kinabalu, disini hari ini.

Menurutnya, kunjungan hormat itu bertujuan untuk menjemput Tun Juhar menghadiri Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsan Sabah (SICC) 16 September ini.

Tambah Safar, program dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti jemputan yang terhad serta tempoh program yang singkat iaitu bermula pukul 8.00 malam hingga 10.30 malam.

Safar yang juga Pengerusi bersama Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2021 berkata, walaupun sambutan tahun ini berskala kecil, namun tujuan utama kita adalah membangkitkan semangat memperingati Hari Penubuhan Malaysia itu sendiri.

Hadir sama, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Dr. Zulkapli Mohamed dan Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah, Mohd Jasmin Julpin./Penerangan-

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *