PICK : 232 Individu Dewasa Kampung Suasa Lengkap Terima Vaksin COVID-19

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 26 Second

BEAUFORT : Seramai 232 individu dewasa di Kampung Suasa telah melengkapkan vaksinasi COVID-19 bagi dos kedua menerusi pelaksanaan Program Jangkauan Luar disini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam berkata, ia termasuklah individu yang menerima vaksin secara lawatan ke rumah dan pandu lalu bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU).

“Pada hari ini (semalam) saya telah meninjau pelaksanaan program jangkauan luar vaksinasi secara lawatan ke rumah di dua buah rumah di Kampung Keramis yang mana menerima mengalami masalah kesihatan dan sukar untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berhampiran.

“Alhamdulillah, saya difahamkan seramai 232 orang di Kampung Suasa telah melengkapkan vaksin COVID-19 menerusi program outreach, jumlah ini termasuklah yang diberikan di rumah dan juga pandu lalu serta seorang bagi suntikan dos pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program jangkauan luar vaksinasi di Dewan Desa Lestari Kampung Suasa disini semalam.

Ruslan berkata, daerah Beaufort kini telah mencapai 100 peratus penerima vaksin COVID-19 bagi dos pertama dan kini pihaknya giat mengumpulkan data bagi pelaksanaan program pemberian vaksin kepada remaja berusia 17 tahun dan ke bawah.

Beliau turut memuji usaha berterusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya Pejabat Kesihatan Daerah Beaufort yang sentiasa mencari inisiatif bagi memastikan rakyat di daerah ini menerima suntikan vaksin sepenuhnya termasuk golongan remaja.

“Kini kami di peringkat ADUN sedang mengumpul nama-nama yang dibawah usia 17 tahun kebawah dan sasaran kita adalah kepada anak-anak sekolah.

“InsyaAllah senarai-senarai ini sedang kita perolehi melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kawasan masing-masing.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *