HomeUtamaWanita berperanan dalam membentuk institusi kekeluargaan jadi asas kepada pembangunan negara -...

Wanita berperanan dalam membentuk institusi kekeluargaan jadi asas kepada pembangunan negara – Hajiji

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Ahli Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) di Menara Kinabalu, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini, hari ini.

Menurut Hajiji, wanita bukan hanya sekadar penyumbang kepada sumber tenaga kerja untuk meningkatkan produktiviti dan inovasi negara tetapi wanita juga berperanan dalam membentuk institusi kekeluargaan yang menjadi asas kepada pembangunan negara.

“Pada pertemuan ini, kami telah membincangkan pelbagai perkara yang membabitkan isu-isu yang dihadapi wanita di Sabah terutamanya ketika pandemik COVID19 serta usaha-usaha untuk membantu membangunkan dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sosio-ekonomi Sabah.

“Justeru itu, selain daripada memperkasa kebolehan dan kelebihan wanita, langkah-langkah dan usaha bagi melindungi hak, kebajikan dan keselamatan mereka juga harus diutamakan,” katanya.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri dan MPWS akan terus komited dalam usaha memastikan pembangunan wanita di Sabah.

Turut hadir ialah IR. Shahelmey Yahya, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat merangkap Exco Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Tarsiah TZ Taman, Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Ekonomi, Baiyah Ag. Mahmon, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Gender, Haslina Ismail, Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Dato’ Redonah Bahanda, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Ekonomi merangkap Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri serta wakil-wakil lain daripada Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS).

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya