HomeUtamaKerjasama Kerajaan Pusat & Pembangkang Disifatkan Satu Perkembangan Positif

Kerjasama Kerajaan Pusat & Pembangkang Disifatkan Satu Perkembangan Positif

Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: UMNO Sabah menyifatkan kerjasama yang dijalin menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani di antara kerajaan pusat dengan blok pembangkang sebagai perkembangan positif ketika negara berdepan masalah kesihatan dan ekonomi.

Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, walaupun kerjasama itu bersifat namun pandangan mereka tetap akan diambil kira oleh kerajaan untuk kebaikan negara dan rakyat.

“Perundingan ini dibuat atas kepentingan negara dan rakyat, selepas keseluruhan rakyat menerima vaksinasi, kerajaan boleh mengadakan pilihanraya umum,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kerjasama di antara kerajaan Pusat dan pembangkang yang dimeterai dalam satu MoU semalam.

Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, kerjasama itu bukan sahaja akan membawa kebaikan dari sudut politik, malah manfaatnya akan diterjemahkan dalam aspek pemulihan negara pasca COVID-19.

“Kerjasama ini akan sekurang-kurangnya membawa keamanan dalam negara, menjernihkan seketika konflik politik dan sekali gus memberikan kerajaan ruang untuk fokus sepenuhnya terhadap memberi khidmat kepada rakyat.

“Kita tahu rakyat sangat dahagakan bantuan, sokongan dan kepimpinan yang kukuh, jadi kerjasama yang bermakna akan memberi peluang untuk kerajaan bergerak dengan lebih efektif,” katanya

Katanya, pemeteraian MoU itu  membentuk kerjasama ‘dwi-partisan’ yang ampuh dan mantap dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah.

“Kita yakin MoU yang dizahirkan ini bukan sahaja berupaya mengetepikan segala perbezaan politik, bahkan mampu memastikan pemulihan negara berjalan secara holistik dan inklusif,” katanya.

Semalam, kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) telah  memeterai memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik

MoU yang terhasil dari beberapa siri perbincangan antara wakil kerajaan dan pembangkang sejak akhir bulan ditandatangani secara bersama oleh Ismail Sabri dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim  yang mengandungi tujuh tawaran Tranformasi Parlimen dan Pentadbiran untuk mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara .

Turut menandatangani MoU itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular