HomeUtamaKerjasama Kerajaan & Pembangkang Demi Pembangunan Negara - Hajiji

Kerjasama Kerajaan & Pembangkang Demi Pembangunan Negara – Hajiji

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, yakin pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) mampu menghentikan ‘politiking’ demi pembangunan negara dan rakyat.

Beliau berkata memorandum persefahaman ini akan menjadi satu panduan untuk bersama-sama mencari jalan sekali gus menyelesaikan krisis ekonomi dan kesihatan yang dihadapi sekarang ini akibat penularan pandemik COVID-19.

“Bagi pihak kerajaan negeri Sabah, kita berasakan memorandum persefahaman antara kerajaan dan pembangkang (PH) ini adalah yang terbaik dan berupaya mengetepikan segala perbezaan politik, menghentikan terlalu banyak berpolitik sekali gus dapat memastikan pemulihan negara khususnya ekonomi berjalan dengan lebih lancar dan holistik.

“Terutama ketika ini, pada saat ramai rakyat kita yang terjejas sumber pendapatan termasuk perniagaan mereka, justeru jalan penyelesaian seperti ini (kerjasama) adalah tindakan terbaik diambil,” katanya di sini pada Selasa.

Hajiji berkata kerjasama ini akan menjadi satu medan untuk duduk bersama dan berbincang apa yang terbaik kepada negara.

“Apa yang penting sekarang ini adalah kestabilan politik ke arah untuk membangunkan negara ini khususnya dalam aspek ekonomi, yang terjejas teruk akibat penularan pandemik COVID-19,” katanya sambil menambah kerjasama ini juga sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pada Isnin, Kerajaan Persekutuan dan PH melakar sejarah apabila julung kali memeterai memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik.

MoU yang dimeterai di Bangunan Parlimen itu merangkumi enam perkara iaitu Pemerkasaan Pelan COVID-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan
Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam satu kenyataan susulan pemeteraian MoU itu berkata, MoU itu membentuk kerjasama ‘dwi-partisan’ yang ampuh dan mantap dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas individu, syarikat gagal selesaikan tunggakan bayar cukai, kompaun –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya