HomeUtamaPICK : Program Jangkauan Luar UMS Bantu Sabah Capai 80 Peratus Imuniti...

PICK : Program Jangkauan Luar UMS Bantu Sabah Capai 80 Peratus Imuniti Kelompok

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Program Jangkauan Luar Vaksinasi COVID-19 terus dipergiatkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi membantu Kerajaan Sabah mencapai 80 peratus imuniti kelompok menjelang penghujung Disember 2021.

Terbaharu, UMS bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengadakan pemberian vaksinasi di Penjara Pusat Kota Kinabalu.

Pengarah Hospital UMS (HUMS), Prof. Dr. Helen Benedict Lasimbang berkata, seramai 12 petugas telah dihantar diketuai Pegawai Perubatan HUMS, Dr. Mohammad Hazamyn Hazrul Hamzah bagi menjayakan misi tersebut.

“Program Jangkauan Luar selama lima hari ini bagi memberikan vaksin jenis CanSino kepada  2,118 banduan.

“Selain Penjara Pusat Kota Kinabalu, program vaksinasi ini juga diadakan di  Penjara Wanita Kota Kinabalu semalam, Lokap Kota Kinabalu hari ini dan Pusat Tahanan Sementara pada hari esok sehingga Jumaat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Helen juga memaklumkan, sebuah lagi pasukan UMS diketuai Pegawai Perubatan HUMS Dr. Rishaini Elengovan memberikan vaksinasi kepada penduduk Kampung Sepakat Jaya, Sepanggar hari ini.

Katanya, pemberian vaksinasi itu melibatkan kira-kira 200 penduduk.

“Bagi pihak UMS, kita akan sentiasa komited untuk membantu dalam usaha kerajaan negeri menjayakan misi pemberian vaksinasi ini.

Pengarah HUMS, Prof. Dr. Helen Benedict Lasimbang (tiga dari kanan) bersama Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Hajah Nora Musa (empat dari kiri)

“Program Jangkauan Luar yang melibatkan pelbagai tempat menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri untuk memastikan usaha mencapai sasaran imuniti kelompok tercapai,” tambahnya.

Untuk rekod, UMS sebelum ini turut menjayakan pemberian vaksinasi kepada penduduk sekitar Kota Kinabalu yang terlibat dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : MUIS jalin kerjasama dengan beberapa universiti bangun HHS...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya