HomeUtamaIsmail Sabri Tiba Di Sabah Untuk Lawatan Kerja Sehari

Ismail Sabri Tiba Di Sabah Untuk Lawatan Kerja Sehari

Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Sabah bagi menghadiri Sambutan Hari Malaysia Ke-58 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), malam ini.

Pesawat khas yang dinaiki Ismail dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa mendarat di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sekitar pukul 11.05 pagi.

Ketibaan mereka disambut oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja raya, Datuk Seri Bung Moktar Radin serta menteri-menteri kabinet Sabah.

Ismail dijangka berangkat pulang ke ibu negara, Jumaat ini.

Ini merupakan kunjungan pertama Ismail Sabri selaku Perdana Menteri Malaysia selepas kali terakhir melawat Sabah, pada 21 Ogos lalu.

Ismail disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Annuar Musa dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Ronald Kiandee.

Perdana Menteri kemudian menghadiri taklimat pembangunan negeri oleh Setiausaha Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong di Menara Kinabalu mengenai keperluan pembangunan di Sabah.

Perdana Menteri mengatakan Sabah akan terus mendapat perhatian, memetik beberapa projek yang akan diberi keutamaan terutamanya projek yang berpusatkan orang ramai seperti sekolah, infrastruktur dan kemudahan.

Selepas taklimat tersebut, Datuk Seri Ismail Sabri menyampaikan cek replika bernilai RM18,241,250 sumbangan kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA) kepada Ketua Menteri.

Semalam, keadaan cuaca buruk telah melanda negeri ini dan di sekitarnya, Perdana Menteri mengakui lebih banyak dana untuk keperluan negeri akan dipertimbangkan dengan baik terutama ke daerah Penampang yang menanggung beban kerosakan akibat bencana alam.

Untuk rekod, Sabah menjadi tuan rumah kepada sambutan Hari Malaysia bagi tahun ini dengan temasya berkenaan akan disambut dengan kaedah norma baharu di SICC.

Acara malam ini akan dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan juga barisan pemimpin-pemimpin dari seluruh negeri.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa berjaya bangunkan ekonomi Sabah – Arif Sakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular