HomeUtama“Cucuk dagu boleh pula…” – Hattan

“Cucuk dagu boleh pula…” – Hattan

Read Time:37 Second

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Datuk Hattan memuat naik status bingung terhadap segelintir artis yang menolak vaksin sebagai pencegahan kemudaratan Covid-19 sekiranya dijangkiti.

Berkongsi di akaun Facebook miliknya, Hattan juga mendakwa artis anti vaksin andai membuat suntikan kecantikan tiada pula persoalan “dikompangkan” berbanding suntikan vaksinasi.

“Tidak faham segelintir artis anti vaksin ini… Cucuk hidung, dagu dan dada boleh pula? Entahlah…,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya terhibur dan menyokong dengan status penyanyi terkenal itu

Terdahulu, pengarah terkenal Shahrulezad dan pelakon hebat Fauziah Nawi antara penggiat seni yang menzahirkan rasa kekecewaan terhadap sikap segelintir artis anti vaksin sebelum ini.

Dalam perkongsian mereka, bimbang kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) ditarik semula jika sikap sedemikian terus berlarutan.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya