HomePolitikKit Siang ajak Warisan, Pejuang dan Muda tandatangan MoU

Kit Siang ajak Warisan, Pejuang dan Muda tandatangan MoU

Read Time:1 Minute, 54 Second

Cyberjaya — Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mengajak tiga parti pembangkang lain iaitu Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Ikatan Demokratik (Muda) menyokong dan menandatangani memorandum Transformasi dan Kestabilan Politik demi masa depan yang baik untuk rakyat Malaysia.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menegaskan, rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama, wilayah atau ideologi politik perlu memastikan bahawa perjalanan MoU itu menetapkan semula hala tuju negara ke arah pemulihan ekonomi dan sosial dalam era pasca Covid-19 selain menyelamatkan Malaysia.

“Kami ingin memenuhi impian Malaysia untuk negara ini menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia dan untuk menunaikan hasrat Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj agar Malaysia menjadi sinar cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Isnin lalu, politik tanah air mencatat sejarah apabila julung kalinya antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) memeterai MoU Transformasi dan Kestabilan Politik bagi membentuk satu kerjasama dwi-partisan yang ampuh dan mantap selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah.

MoU itu merangkumi enam aspek iaitu Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran, Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia MA63 dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Terdahulu, Kit Siang menjelaskan DAP dan PH akan melakukan terbaik untuk menghormati janji yang termaktub dalam MoU tersebut kerana berpandangan tidak boleh membiarkan wabak Covid-19 terus berlanjutan hingga meninggalkan kesan terhadap kehidupan rakyat Malaysia apabila lebih dua juta kes jangkitan Covid-19 dan mengorbankan lebih 22,000 dalam tempoh 21 bulan.

Katanya, kebimbangan kesan Covid-19 mula dirasai apabila saban hari mencatatkan kematian, malah tertinggi di rantau Asean dan menewaskan negara-negara besar lain.

Justeru jelas beliau, inilah sebabnya mengapa gencatan senjata politik mesti dilaksanakan dalam tempoh 10-18 bulan dari sekarang untuk menyatukan rakyat Malaysia supaya dapat memberikan tumpuan tidak berbelah di dalam usaha melawan dan kesan Covid-19.

Kit Siang kemudian menegaskan MoU tidak bermaksud tiada lagi blok pembangkang di Parlimen kerana mereka akan terus bersuara dan mengangkat agenda keadilan, kebebasan, kemajuan dan perpaduan seperti biasa yang dilakukan selama ini.

“MOU ini juga telah menimbulkan kebimbangan bahawa ia akan menjadi tanda berakhirnya era Pembangkang di Parlimen. Tidak dapat disangkal, MOU CSR boleh menemui jalan buntu kerana ia bergantung kepada tawaran dan persetujuan kedua-dua belah pihak,” katanya

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Kemelut MPN Sabah Akan Diputuskan Dalam Jangka Masa Terdekat – Anwar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya