HomeUtamaJangan Provokasi sesuatu Perkara Yang Telah Diselesaikan – Firma AmerBon

Jangan Provokasi sesuatu Perkara Yang Telah Diselesaikan – Firma AmerBon

Read Time:2 Minute, 2 Second

Jangan diprovokasi atau dikelirukan oleh catatan Facebook yang bersifat menghasut berkenaan suatu perkara pada tahun 2014 yang sudah diselesaikan itu tegas firma peguam AmerBON 

Katanya Pada 14 September 2021, satu catatan media sosial bertajuk “‘Bukan Islam tak perlu patuh pada titah Raja’ — Peguam Edmund Bon” telah muncul dalam dua halaman Facebook di mana Satu catatan dimuat naik pada jam 8.45 malam dan satu lagi pada 8.52 malam. 

Kandungan kedua-dua catatan tersebut adalah sama, dan ianya kemudian diedarkan dalam kumpulan-kumpulan WhatsApp, antara yang lain.

Catatan-catatan tersebut nampaknya telah disalin daripada satu catatan yang diterbitkan pada 13 September 2014 di halaman Facebook yang lain katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut firma itu  lagi Kesemua catatan-catatan tersebut memetik sebagai sumbernya satu artikel oleh The Malaysian Insider (TMI) pada 20 Januari 2014. Portal TMI kini tidak lagi beroperasi; justeru, pautan kepada artikel TMI tidak berupaya diakses oleh seseorang untuk mengesahkan kesahihan kandungan di dalam catatan-catatan tersebut.

Walaubagaimanapun, semakan mendedahkan bahawa artikel tersebut masih berada di Yahoo! News.

Catatan-catatan Facebook tersebut mengaitkan beberapa pernyataan terhadap Edmund Bon. Satu pernyataan telah secara salah mengaitkan Edmund kerana beliau tidak membuat pernyataan sedemikian, dan satu lagi pernyataan telah diambil di luar konteks.

Perbandingan di antara pernyataan sebenar yang diberi kepada TMI, serta teras artikel TMI, dengan catatan-catatan Facebook tersebut akan memaparkan apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh Edmund, dan menunjukkan percubaan yang tidak beretika untuk memutarbelitkan kandungan artikel TMI.

Tambah firma itu lagi Edmund hanya berkongsi pendapat beliau berkenaan kebolehlaksanaan fatwa-fatwa terhadap orang bukan Islam, seperti yang ditafsirkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Sulaiman Takrib pada tahun 2009.

Pihak polis telah menyiasat artikel TMI pada 2014, dan tiada tindakan lanjut telah diambil sejak itu. 

Catatan-catatan ini, yang diterbitkan semula selepas tujuh tahun, adalah berniat untuk memprovokasi dan/atau mengelirukan para pembacanya. Penerbit-penerbit tersebut ingin menghasut rasa benci.

Laporan telah dibuat kepada Facebook untuk tindakan diambil terhadap catatan-catatan tersebut.

Kami menasihatkan agar semua orang berhenti mengedarkan catatan-catatan tersebut dan kandungannya. Jika ia dikongsikan dengan anda, sila laporkannya kepada platform di mana ia dihoskan katanya lagi. 

Sebelum ini tular di media sosial mengenai isu berkenaan bukan islam tak perlu patuh titah raja yang mencetuskan kegelisahan rakyat yang boleh mencetuskan kacau ganggu di dalam kehidupan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

RELATED ARTICLES
Utama

Mayat terapung ditemui di sungai Kg Iban Merotai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular