Pelaksanaan SOP Aktiviti Masjid Dan Surau Berkuat kuasa 17 September 2021

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju untuk menambah bilang jemaah Solat Jumaat dan solat fardu di masjid dan surau serta aktiviti-aktiviti keagamaan yang lain.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) aktiviti masjid dan surau serta aktiviti-aktiviti keagamaan yang lain berkuat kuasa 17 September 2021.

Menurut Masidi, jumlah jemaah yang dibenarkan bagi Solat Jumaat di Masjid Utama ialah 300 orang.

Sementara, jemaah di Masjid Kariah pula ialah 200 orang dan Solat Jumaat di surau iaitu 50 orang jemaah. Namun Keutamaan diberi kepada jemaah mestilah telah lengkap dua dos vaksin.

Manakala, Solat Fardhu pula bilangan jemaah yang dibenarkan hadir ke Masjid Utama ialah 150 orang.

Sementara itu, bagi Masjid Kariah dan Surau hanya 50 jemaah yang dibenarkan. Keutamaan juga diberi kepada jemaah yang telah lengkap menerima dua dos vaksin.

Aktiviti-aktiviti lain yang dibenarkan merangkumi kuliah Maghrib iaitu tempoh masa antara waktu maghrib dan isyak.

Selain itu, Solat Jenazah dengan bilangan jemaah seperti solat Jumaat dan solat lima waktu.

Katanya, turut dibenarkan, pengurusan jenazah dengan jumlah 20 orang, di samping ziarah kubur juga jumlah 20 orang. Bagi majlis akad nikah di masjid/surau, bilangan yang dibenarkan ialah 20 orang di dewan/ bilik khas tertakluk mengikut keluasan dan kebenaran Jawatankuasa.

“Takrifan masjid utama ialah Masjid Negeri Sabah, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang dan semua Masjid-Masjid Daerah,” jelas Masidi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *