HomeUtamaCOVID-19: Kes Sembuh 3,300, Positif 1,533

COVID-19: Kes Sembuh 3,300, Positif 1,533

Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Bilangan pesakit COVID-19 sembuh 3,300 lebih tinggi berbanding jumlah kes positif baharu COVID-19 yang dilaporkan pada hari ini iaitu sebanyak 1,533 kes di seluruh Sabah.

Manakala sebanyak 22 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu enam kes di Sandakan, tiga kes di Keningau, dua kes di Kota Kinabalu, Kunak, Lahad Datu dan Tawau manakala Beaufort, Kota Belud, Kota Marudu, Papar dan Pitas masing-masing mencatatkan satu kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, secara keseluruhan, kebanyakan daerah menunjukkan angka penurunan kes pada hari ini dengan statistik 18 daerah mencatatkan penurunan dan hanya sembilan daerah mencatatkan peningkatan kes.

Katanya, Daerah Kota Kinabalu mencatatkan perubahan kes yang agak baik dengan catatan cuma 269 kes, merekodkan sebanyak 224 kes penurunan.

“Antara daerah lain yang mencatatkan penurunan ketara ialah Sandakan (-122) kes, Telupid (-39) kes, Putatan (-38) kes, Beluran (-35) kes, Kota Marudu (-27) kes, Papar (-22) kes, Tongod (-15) kes, Tawau (-14) kes, Nabawan (-12) kes, Kalabakan (-12) kes dan Kunak (-11) kes.

“Manakala daerah lain yang mencatatkan peningkatan ketara pula ialah Penampang (+44) kes, Kinabatangan (+40) kes , Ranau (+18) kes, Tuaran (+12) kes, Keningau (+12) kes dan Pitas (+11) kes.

“Namun jumlah penurunan kes harian adalah seiring dengan jumlah daerah yang mencatatkan penurunan,” kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.

Dalam pada itu, terdapat 17 kes melibatkan Orang Kena Tahan (OKT) atau banduan yang dicatat hari ini.

Sementara itu, sebanyak 540 kes atau 35.23% adalah kes-kes lewat daftar antara 2 hingga 3 hari, 67 kes atau 4.37% adalah lewat daftar 4 hingga 5 hari dan 101 kes atau 6.59% adalah kes yang berdaftar lewat melebihi 5 hari.

Walau bagaimanapun, Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 852 kes atau 55.6%, Saringan Bergejala 473 kes atau 30.9%, 73 kes daripada Saringan Kluster atau 4.8% dan 135 kes melalui Saringan Lain-lain.

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya