PERKEP Melakukan Kunjungan Hormat Terhadap Toh Puan Norlidah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU : Persatuan Keluarga Polis (Perkep) melakukan kunjungan hormat terhadap isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah RM Jasni di Istana Seri Kinabalu.

Pengerusi Perkep Sabah, Datin Suraya Zainal berkata, kunjungan itu merupakan kunjungan mesra di samping membincangkan beberapa program yang akan dilaksanakan oleh Perkep.

“Kunjungan hormat ini juga bertujuan untuk membincangkan beberapa program yang akan dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat memandangkan situasi pandemik Covid-19 masih belum reda.  

“Antara program yang bakal dijalankan adalah majlis bacaan Yasin dan tahlil oleh Biro Agama dan Ceramah Siber oleh Biro Pendidikan melibatkan Perkep peringkat daerah dan Perkep kontinjen Sabah,” katanya ketika ditemui media di sini, hari ini.

Menurut Suraya, antara program yang berjaya dilakukan setakat ini ialah lawatan terhadap pegawai dan anggota yang menjalani rawatan dialisis yang dikendalikan oleh Biro Kebajikan Perkep.

Hadir sama, Isteri Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datin Nur Izzati Datuk Shafie, Isteri Ketua Jabatan Pengurusan Sabah, Laila Shakir dan Isteri Ketua Jabatan Cawangan Khas Kota Kinabalu, Fauziah Abd Rafar./Penerangan-

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *