HomeIsu tempatanProgram Merdeka@Komuniti Kg Dato Semarak Jiwa Patriotisme

Program Merdeka@Komuniti Kg Dato Semarak Jiwa Patriotisme

Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Program Merdeka @ Komuniti Kampung Dato menyemarakkan jiwa patriotisme sempena Sambutan Hari Malaysia Ke-58. 

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam, Datuk William Majinbon berkata, meskipun sambutan tidak dapat dilaksanakan seperti sebelum ini, semangat kemerdekaan perlu terus disematkan dalam diri masyarakat. 

“Pada hari ini, kita menerima tepukan gemuruh dan laungan terima kasih daripada petugas dan penerima vaksin selepas nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku dimainkan. 

“Sambutan sederhana tetapi bermakna pada hari ini membuktikan masyarakat merindui suasana sambutan yang meriah yang tiap tahun dilaksanakan di pelbagai peringkat. 

“Justeru itu, dalam kesempatan ini saya menyeru orang ramai yang belum mendapatkan suntikan vaksin untuk tampil menerima suntikan di mana-mana pusat pemberian vaksin agar komuniti kelompok dapat dicapai seterusnya kita dapat beralih ke Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara,” katanya ketika ditemui media di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kampung Dato, disini baru-baru ini.

Dalam pada itu, William merakamkan penghargaan atas usaha Jabatan Penerangan Malaysia dalam menyampaikan maklumat terkini kepada masyarakat setempat.

“Khususnya Pejabat Penerangan Daerah Kota Kinabalu (PPDKK) yang memainkan peranan penting bukan sahaja dalam menyampaikan maklumat berkenaan Covid-19 dan dasar-dasar kerajaan, malahan secara tidak langsung menyemai semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan masyarakat. 

Tambah beliau, sebagai tanda sokongan terhadap usaha itu, dia bersama kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN N.18 Inanam memakai pakaian tradisional mengikut suku kaum masing-masing sebagai simbolik Satu Keluarga Malaysia.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Kota Kinabalu, Hasmawati Karodda berkata, bermula awal bulan Ogos, PPDKK giat melaksanakan program Info On Wheels (IOW) Merdeka pada setiap hari melalui hebahan unit bergerak. 

“Selain itu, edaran bahan penerbitan serta Jalur Gemilang turut diagihkan kepada orang awam di Parlimen KK dan Sepanggar melibatkan enam Dewan Undangan Negeri,” ujarnya. 

Menurut Hasmawati, IOW akan digiatkan lagi sebagai usaha menyampaikan maklumat terkini berkaitan Pembudayaan Norma Baharu, Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19, Kempen Imunisasi Kebangsaan Vaksin Covid-19 serta Program Sepakat@Komuniti di beberapa kawasan lagi akan dilaksanakan./Penerangan-

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Program Rakan BORNEENSIS 2024 pupuk kelestarian alam semula jadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular