Ibubapa digalak beri sokongan kepada anak terima suntikan vaksin – Yakub

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Golongan ibubapa atau penjaga perlu menggalakan anak remaja berusia 12 sehingga 17 tahun untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di negeri ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan berkata, Ini juga pendekatan selari dengan pendirian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan seberapa banyak remaja dari kumpulan berisiko tinggi untuk diberikan vaksin dan juga pembukaan semula sekolah yang dijadualkan bermula 3 Oktober ini.

Katanya, pelaksanaan ini selaras dengan keputusan yang sudah dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet negeri lalu.

“Hari ini kami berkesempatan melaksanakan program vaksinasi di sekitar Pulau Sepanggar, melihat golongan remaja serta penduduk kampung begitu bersemangat untuk mendapatkan suntikkan vaksin.

“Mereka (remaja) sangat gembira untuk mendapatkan vaksin bagi membolehkan mereka kembali ke sekolah sekali gus dapat bergerak ke sana ke sini selepas mendapat dos lengkap kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai program CITF Vaksinasi di Pulau Sepanggar hari ini.

Program dengan Kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK); Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); Jabatan Penerangan Malaysia; UMNO Bahagian Sepanggar dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.16 Karambunai.

Yakub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karambunai berkata, pihaknya menyediakan ‘Connection On Wheel’ (COW) bagi membolehkan petugas kesihatan dapat mengakses talian internet untuk kegunaan aplikasi My Sejahtera.

“Setakat ini kita anggarkan di Dun Karambunai sudah mencapai lebih 80 peratus penduduk telah di vaksinasi.

Ini merupakan perkembangan baik untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan negeri menjelang November ini,” katanya.

Menurutnya, ini sudah tentu menunjukkan perkembangan positif disamping wujud kesedaran yang tinggi dalam kalangan penduduk serta kerjasama semua pihak yang menjayakanya program ini.

Menyentuh mengenai program hari ini Yakub berkata, seramai 100 penduduk Pulau Sepanggar berjaya mendapatkan suntikan dos pertama vaksinasi yang dijayakan oleh UMS.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *