HomeUtamaKPDNHEP & MAFI Pantau Rapi Isu Kenaikan Harga Ayam

KPDNHEP & MAFI Pantau Rapi Isu Kenaikan Harga Ayam

Read Time:1 Minute, 55 Second

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), memantau rapi isu kenaikan harga ayam standard yang berlaku sejak awal September 2021 yang lalu sehingga harga di peringkat runcit melebihi RM10.00 sekilogram di beberapa kawasan di seluruh negara.

Menurut kenyataan media bersama yang dikeluarkan hari ini, KPDNHEP dan MAFI semalam telah mengadakan mesyuarat bersama bagi meneliti beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan dalam menangani isu harga ayam ini.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Menteri KPDNHEP, Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Timbalan Menteri, Dato’ Rosol Wahid, Menteri MAFI, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, dan Timbalan Menteri I, Datuk Seri Ahmad Hamzah serta pegawai-pegawai tertinggi kedua-dua Kementerian.

Dalam kenyataan itu mengatakan, mesyuarat dimaklumkan, melalui sesi libat urus yang telah dilakukan oleh KPDNHEP dan MAFI bersama pihak industri di seluruh negara, pihak industri bersetuju untuk menurunkan lagi harga ayam di peringkat pengeluar/ladang supaya harga di peringkat borong dan runcit juga dapat distabilkan sekaligus
membantu pengguna untuk menikmati harga ayam pada harga yang berpatutan.

Hasil daripada perbincangan yang diadakan semalam, kedua-dua kementerian bersetuju untuk meneliti beberapa cadangan daripada pihak industri berkaitan usaha untuk menstabilkan harga ayam, antaranya pemberian kemudahan pinjaman mudah (soft-loan) bagi membantu industri mengekalkan jumlah pengeluaran ayam yang mencukupi dan menangani isu peningkatan kos pengeluaran ayam berikutan kenaikan harga komponen makanan ayam yang diimport.

Selain daripada itu, Kerajaan turut mempertimbangkan kawalan harga di semua peringkat disokong dengan pemberian subsidi kepada rantaian tertentu sebagai salah satu usaha menangani isu kenaikan harga ayam ini selain cadangan untuk melaksanakan sistem permohonan permit (AP) bagi penjualan ayam, sekiranya usaha Kerajaan untuk menangani isu harga ayam ini tidak mendapat kerjasama daripada peniaga di semua peringkat.

Justeru itu, pihak KPDNHEP akan meneruskan tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan jika terdapat mana-mana pihak yang sengaja mengambil keuntungan secara tidak munasabah atau mencatut terutama di dalam situasi semasa ketika ini, tindakan tegas akan diambil.

Peniaga yang ingkar boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 14(1), Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan sekiranya sabit kesalahan, peniaga boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.00 sekiranya suatu perbadanan/syarikat dan bagi bukan perbadanan/ individu boleh dikenakan denda sehingga RM100,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya