Penduduk Terjejas Banjir Terima Bantuan Tong Gas & Dapur Memasak di Kg Sugud

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 4 Second

PENAMPANG : Sebanyak 130 tong gas dan dapur memasak diagihkan kepada penduduk terjejas akibat banjir di Kampung Sugud disini petang tadi.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Ir Shahelmey Yahya berkata, agihan bantuan peralatan memasak itu diserahkan susalan lawatan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor petang semalam ke kampung berkenaan.

“Berikutan dari lawatan Yang Amat Berhormat (YAB) Ketua Menteri, kita menyenaraikan beberapa keperluan yang mendesak untuk diberikan kepada penduduk yang terlibat dengan banjir.

“Peralatan memasak adalah antara senarai keperluan penduduk yang perlu disegerakan dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) telah berusaha mendapatkan bekalang tong gas dan ‘stove’ tempat memasak bagi membolehkan penduduk terjeas memasak di kediaman mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di Kampung Sugud disini petang tadi.

Hadir sama, Pegawai Daerah Penampang; Francis Chong Yi Shing dan Timbalan Pengarah JPKA Sabah, Natelie Gaban.

Shahelmey berkata, pihaknya berharap agar agihan bantuan tong gas dan dapur memasak itu akan dapat meringankan beban yang ditanggung penduduk terjejas banjir.

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar kerajaan Persekutuan dapat menyalurkan bantuan sewajarnya kepada semua mangsa yang terjejas teruk di daerah ini.

“Saya difahamkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad telah melawat kampung ini sebentar tadi dan Pegawai Daerah telah memaklumkan keperluan mendesak untuk tujuan pembersihan,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *