HomeUtamaSESB Teruskan Usaha Untuk Baikpulih Bekalan Elektrik Selepas Banjir

SESB Teruskan Usaha Untuk Baikpulih Bekalan Elektrik Selepas Banjir

Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricty Sdn Bhd (SESB) meneruskan usaha untuk membaikpulih bekalan walaupun berhadapan cabaran untuk memasuki kawasan selepas banjir.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Idris Mohd Noor berkata, kerja-kerja membaikpulih tiang dan talian elektrik yang rosak dan terjejas akibat banjir di beberapa tempat di Kawasan Pantai Barat Sabah masih terus dilaksanakan oleh pasukan teknikal SESB dan kontraktor yang dilantik.

“Usaha membaikpulih mengambil sedikit masa kerana pasukan teknikal SESB berhadapan dengan laluan berlumpur tebal dan licin. Manakala, itu ada sebahagian tempat yang tidak dapat dilalui oleh kenderaan dan pasukan teknikal terpaksa berjalan kaki dengan membawa peralatan baikpulih,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Idris turut menjelaskan bahawa pemulihan bekalan di beberapa kampung di Daerah Penampang telah mengambil sedikit masa memandangkan ianya perlu dilaksanakan secara berperingkat.

“Ada beberapa buah rumah di Kampung Sugud yang masih belum dapat disambung bekalan kerana tiang elektrik tumbang ke kawasan paya dan usaha pemulihan tidak dapat dilaksanakan disebabkan keadaan tanah yang masih basah dan lembut,” katanya.

Usaha pemulihan akan dilakukan apabila keadaan selamat dan penutupan bekalan dilakukan bagi tujuan keselamatan.

Dalam pada itu, SESB turut bertindak atas aduan penduduk Kampung Tabor di Menggatal yang menyatakan kebimbangan ke atas keadaan tiang elektrik yang condong.

“Tiang tersebut akan dipindahkan ke lokasi yang lebih selamat,” katanya.

Dalam pada itu, Idris menasihati pengguna dan orang awam untuk tidak mengalihkan wayar atau kabel yang jatuh kerana dikhuatiri masih mengalirkan arus elektrik dan boleh menyebabkan renjatan elektrik apabila disentuh.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular