HomeUtamaPICK : Sabah Capai 60 Peratus Penduduk Dewasa Lengkap Divaksin

PICK : Sabah Capai 60 Peratus Penduduk Dewasa Lengkap Divaksin

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU : Sabah berjaya mencapai sasaran kadar 60 peratus populasi penduduk dewasa yang lengkap menerima vaksinasi COVID-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, peratusan itu menunjukkan negeri ini berada pada landasan yang baik.

“Peratusan populasi negeri ini yang telah lengkap divaksinasi sehingga semalam telah berjaya mencapai 59.4 peratus.

“Jumlah itu boleh diandaikan bahawa peratusan vaksinasi populasi dewasa telahpun mencapai 60 peratus pada hari ini,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Kerajaan Sabah sebelum ini mensasarkan 60 peratus rakyatnya lengkap divaksinasi pada atau sebelum 15 September lalu namun dilanjutkan kepada 21 September.

Pelanjutan tempoh itu disebabkan belum mencapai peratusan populasi dewasa lengkap divaksinasi.

Dalam pada itu, Masidi berkata, terdapat ramai rakyat negeri ini berada di Semenanjung pada masa ini yang sebahagiannya terdiri  daripada statistik penduduk Sabah.

Katanya, sebagai petanda, sebanyak 171,963 bakul makanan telah diagihkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) rakyat Sabah yang sedang berada di Semenanjung.

“Ramai daripada rakyat Sabah ini telahpun divaksin di Semenanjung. Oleh yang demikian, peratusan rakyat Sabah yang telah divaksin sebenarnya lebih tinggi daripada yang ditunjukkan oleh data semasa kita,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Klinik Mesra Remaja beri penekanan kesejahteraan remaja secara menyeluruh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya