HomeUtamaCOVID-19: 87 Kes Kematian, 1,199 Kes Positif Baharu Di Sabah

COVID-19: 87 Kes Kematian, 1,199 Kes Positif Baharu Di Sabah

Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Jumlah kes positif baharu COVID-19 hari ini sebanyak 1,199 kes, merupakan angka terendah sejak 6 Ogos lalu, selain turut dilaporkan jumlah kes kematian yang tinggi akibat jangkitan COVID-19 iaitu sebanyak 87 kes iaitu 24 kes di Sandakan, 14 kes di Tawau, lapan kes di Tuaran, enam kes di Kota Kinabalu, lima kes di Lahad Datu dan Keningau, empat kes di Kota Marudu, tiga kes di Ranau dan Kota Belud. Dua kes kematian dicatatkan di Beaufort, Kinabatangan, Penampang, Beluran, Semporna dan Papar manakala Nabawan, Kalabakan dan Tongod masing-masing mencatatkan satu kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini, manakala ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar.

Dalam pada itu, secara keseluruhan, perbandingan statistik semalam dengan hari ini menunjukkan perubahan angka jangkitan yang tidak statik dan penurunan angka jangkitan pada hari ini selari dengan bilangan daerah yang merekodkan penurunan kes iaitu dengan statistik 15 daerah mencatatkan penurunan, 11 daerah mencatatkan peningkatan kes, satu daerah iaitu Beaufort, kekal dengan catatan sebagaimana semalam dan satu daerah iaitu Kuala Penyu mencatatkan sifar kes.

Namun Daerah Kota Kinabalu mencatatkan sedikit peningkatan yang tidak signifikan iaitu merekodkan peningkatan dua kes menjadikan 150 kes dicatat termasuk melibatkan Orang Kena Tahan (OKT) dan tujuh kes yang melibatkan pekerja-pekerja pelantar minyak offshore.

Walau bagaimanapun, Saringan Kluster dan Saringan Bersasar adalah sifar kes berbanding Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 720 kes atau 60.1% manakala Saringan Bergejala 367 kes atau 30.6% dan 112 kes atau 9.3% melalui Saringan Lain-lain.

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sempena Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular