69 Mangsa Banjir Di Dua PPS Di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:34 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU, Seramai 69 mangsa banjir daripada 19 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini pagi ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memberitahu, 33 mangsa banjir daripada 10 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Mini Mesapol, Sipitang.

Menurut kenyataan itu 36 mangsa banjir daripada sembilan keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan Tamau, Kota Belud.

Paras air sungai di Kota Belud meningkat, maka persediaan dilakukan untuk membuka PPS baharu sekiranya diperlukan. Pemantauan sedang dilakukan di kawasan ‘hotspot’ banjir,” menurut kenyataan tersebut.

Pagi ini terdapat 39 kawasan di Kota Belud dan 10 kawasan di Sipitang masih terjejas akibat banjir, manakala cuaca ketika ini mendung.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *