HomeUtamaDUN Sabah : Kerajaan Negeri Tidak Bercadang Beri Dokumen Atau Kewarganegaraan Kepada...

DUN Sabah : Kerajaan Negeri Tidak Bercadang Beri Dokumen Atau Kewarganegaraan Kepada PATI

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri tidak bercadang untuk memberikan kad pengenalan diri atau kewarganegaraan kepada penerima vaksin di Sabah khususnya yang melibatkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan akan mempertimbangkan pemberian dokumen kepada orang asal negeri ini yang belum mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Saya ingin memberi penjelasan mengenai isu cadangan pemberian kad pengenalan atau kewarganegaraan kepada penerima vaksin di Sabah yang tidak mempunyai identiti pengenalan diri.

“Untuk makluman, Kerajaan Negeri akan sentiasa memelihara hak keselamatan dan kepentingan rakyat negeri ini dan tidak bercadang untuk memberi kad pengenalan atau kewarganegaraan kepada penerima vaksin yang melibatkan PATI,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Ewon Benedick (UPKO-Kadamaian) yang bertanyakan berapakah jumlah bukan warganegara di Sabah yang telah diberi vaksin dan apa perancangan serta tindakan kerajaan negeri selepas mendapat data  berkenaan.

Selain itu Ewon turut bertanya adakah kerajaan negeri bersetuju dengan rancangan Kementerian Dalam Negeri mahu memberikan kad pengenalana atau kewarganegaran kepada pendatang asing atau mereka yang belum ada identiti diri di Sabah.

Sebelum ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mempertimbang untuk memberikan kad pengenalan diri atau kewarganegaraan kepada penerima vaksin di Sarawak dan Sabah, termasuk dalam kalangan orang asal, yang masih belum memiliki identiti diri, jika memenuhi kelayakan.

Timbalan Menteri KDN, Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata, kementerian telah mewujudkan Jawatankuasa Khas Status Warganegara Peringkat Negeri Sarawak untuk meneliti urusan dokumentasi bagi individu yang tidak berdokumen berumur 21 tahun ke bawah di negeri itu.

Manakala bagi negeri Sabah, ia dibincangkan dalam Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS).

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya