Hajiji Gesa Kerajaan Persekutuan Segera Salur Peruntukan Banjir Di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menggesa Kerajaan Persekutuan segera menyalurkan peruntukan banjir di Sabah, antara perbincangan semasa beliau menerima kunjungan hormat daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad di kediaman rasminya di Sri Gaya, semalam.

Kedua-dua pihak berbincang mengenai bencana banjir yang berlaku di Sabah dan bantuan untuk mangsa banjir serta peruntukan untuk pembaikan infrastruktur yang akan disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Hajiji menggesa Kerajaan Persekutuan membina semula infrastruktur yang rosak dan musnah akibat bencana banjir, selain menaiktaraf sungai dan sistem pengairan dan saliran sedia ada.

Katanya, Kerajaan Persekutuan juga perlu segera menyalurkan peruntukan untuk baik pulih rumah yang terkesan oleh bencana banjir, selain pembaikan kemudahan infrastruktur sedia ada.

Dr. Latiff berada di Sabah pada Rabu, bagi meninjau dan melawat kawasan bencana di Penampang termasuk kawasan tanah runtuh dan banjir di Kampung Maang, Kampung Sugud Maang dan Kampung Timpagoh.

Beliau juga menghadiri Taklimat Pengurusan Bencana Negeri di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Menara Kinabalu dan melawat pejabat APM.

Hajiji semasa melawat dan meninjau keadaan banjir di Kampung Sugud pada Selasa lalu berkata, Kerajaan akan memberi bantuan RM1,000 kepada 937 mangsa yang terjejas banjir di daerah Penampang termasuk penduduk Kampung Sugud.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *