HomeUtamaDUN Sabah : Pembinaan Telaga Tiub LRA Alternatif Pengambilan Air Mentah Bawah...

DUN Sabah : Pembinaan Telaga Tiub LRA Alternatif Pengambilan Air Mentah Bawah Tanah

Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Air Negeri Sabah telah mendapat kelulusan pelaksanaan dua buah projek pembinaan telaga tiub Loji Rawatan Air (LRA) di Kota Belud.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pelaksanaan projek itu adalah sebagai alternatif pengambilan air mentah bawah tanah sekiranya berlaku ganggungan operasi muka sauk.

“Antara projek itu ialah Pembinaan Telaga Tiub di LRA Bayayat dan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB), pada masa kini, projek ini telahpun mencapai 94 peratus dalam pelaksanaan selain dalam proses ujian dan pentauliahan. Ianya dijangka akan siap menjelang penghujung tahun ini.

“Sebuah lagi projek akan dilaksanakan iaitu Pembinaan Telaga Tiub di LRA Pekan Kota Belud pada Rolling Plan Pertama, RP1 Tahun 2016 di bawah Program BALB Negeri Sabah melalui peruntukan Geran Persekutuan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB),” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak (BN-Usukan) yang bertanyakan bagaimanakah Jabatan Air Negeri Sabah menangani masalah kekurangan bekalan air yang berlaku terutamanya di kawasan yang mempunyai populasi yang padat khususnya di daerah Kota Belud.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata, Projek Telaga Tiub di LRA Pekan kini dalam peringkat akhir penyediaan deraf tender dokumen untuk semakan dan seterusnya dimuktamadkan sebelum dikemukakan kepada pihak KPLB.

Katanya, pelaksanaan dijangka dapat dimulakan pada tahun 2022.

“Selain itu juga, bagi menangani kekurangan bekalan air Jabatan Air Negeri Sabah akan mencadangkan kajian penambahan sebuah LRA dengan sumber air mentah dari Sungai Wariu yang kurang terjejas kesan dari gempa bumi. Cadangan ini akan dimasukkan dalam RMK12 (RP3).

“Untuk makluman, Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Air Negeri Sabah telah meluluskan Projek Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tak Berhasil (NRW) Sabah, Kota Belud melalui Program Pembangunan Bekalan Air Negeri Sabah dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) Tahun 2021-2025,” katanya.

Katanya, projek ini adalah bertujuan untuk mengatasi masalah kehilangan air tidak berhasil yang disebabkan kebocoran dan kecurian air serta seterusnya dapat memperbaiki sistem pengagihan air kepada pengguna.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa berjaya bangunkan ekonomi Sabah – Arif Sakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular