HomeUtamaPICK : Sabah Rekod Bilangan Tertinggi Pemberian Vaksin COVID-19 Kepada Remaja

PICK : Sabah Rekod Bilangan Tertinggi Pemberian Vaksin COVID-19 Kepada Remaja

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Sabah antara negeri yang merekodkan bilangan tertinggi pemberian vaksin COVID-19 kepada remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin berkata, ia adalah hasil sambutan yang baik dan kesedaran dikalangan masyarakat khususnya ibu bapa betapa pentingnya memberikan vaksinasi kepada anak-anak.

“Alhamdullilah, seluruh Sabah sambutan adalah sangat baik dan sangat lain.  Sehingga semalam sahaja berdasarkan data yang saya terima, lebih kurang 600,000 anak-anak di seluruh negara telah divaksin manakala di Sabah pula adalah lebih 162,000 orang.

“Justeru itu, saya berharap proses pemberian vaksin kepada anak-anak ini berjalan lancar dan saya yakin jumlah ini akan bertambah lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sekolah Kebangsaan (SK) Malawa disini pagi tadi.

Mohamad berkata, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) yang turut membantu melancarkan proses pemberian vaksin kepada remaja.

Katanya, bekalan vaksin COVID-19 di negara ini juga mencukupi bagi tujuan pemberian vaksinasi kepada remaja di seluruh Malaysia.

“Kepada ibu bapa yang masih ragu, janganlah ragu kerana ini adalah satu sistem yang baik diberikan oleh kerajaan dan inilah cara untuk kita membendung daripada penularan COVID-19 khususnya anak-anak yang akan ke sekolah.

“Jadi mudah-mudahan dengan cara ini kita akan dapat mulakan pengoperasian atau pembukaan sekolah dengan lebih lancar serta meyakinkan kepada masyakat khususnya ibu bapa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, sebanyak 91 buah PPV akan dibuka disekolah namun akan bertambah apabila sesi persekolah dibuka Oktober ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Timor Leste hasrat  erat hubungan perdagangan dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular