COVID-19 : Sabah Kembali Catat Peningkatan Kes Melepasi Angka 1,000

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:2 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU : Sabah kembali mencatatkan peningkatan kes COVID-19 melepasi angka 1,000 selepas buat pertama merekodkan angka jangkitan kes dibawah angka berkenaan semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kumulatif kes harian Sabah yang dicatatkan hari ini adalah sebanyak 1,078 kes baharu dengan pertambahan 116 peningkatan berbanding semalam.

“Trend perubahan angka bagi kadar jangkitan harian adalah tidak statik dan sentiasa berubah. Trend ini berubah dengan kebarangkalian dipengaruhi oleh sejauh mana pematuhan prosedur standard operasi (SOP) oleh masyarakat.

“Semakin tinggi kadar pematuhan SOP maka semakin rendah risiko untuk berlaku pertambahan jangkitan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, jumlah peningkatan kumulatif kes Sabah hari ini selari dengan statistik bilangan daerah yang mencatatkan peningkatan kes iaitu 14 daerah berbanding 12 daerah yang mencatatkan penurunan kes

Katanya, satu daerah iaitu Sandakan kekal mencatatkan kes sebagaimana semalam.

“Bagi kawasan bandar utama, Lahad Datu mencatatkan peningkatan kes tertinggi iaitu sebanyak 131 (+58) kes, Kota Kinabalu 123 (+32) kes, Sandakan 81 kes dan Penampang 64 (+16) kes.

“Kawasan bandar utama lain mencatatkan penurunan dengan Tawau 41 (-23) kes, Putatan 34 (-14) kes dan Kudat 22 (-6) kes. 13 daripada kes2 baharu yang didaftarkan di Kota Kinabalu melibatkan pekerja2 pelantar minyak offshore,” katanya.

Tambahnya, antara daerah lain yang mencatatkan peningkatan ketara ialah Keningau 102 (+41) kes, Ranau 69 (+34) kes, Nabawan 39 (+22) kes, Pitas 39 (+14) kes dan Tongod 14 (+12) kes.

Selain itu katanya, daerah lain yang mencatatkan penurunan signifikan pada hari ini antaranya Kalabakan 3 (-23) kes, Papar 32 (-21) kes dan Tenom 14 (-18) kes.

“Terdapat hanya lapan kes melibatkan OKT/banduan yang dicatat hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, pengurangan kes-kes daftar tertunggak menunjukkan sistem kemaskini data semakin bertambah baik.

Katanya, daripada 1,078 kes yang didaftar hari ini, 461 kes atau 42.76 peratus adalah kes-kes lewat daftar antara dua hingga  tiga hari, 28 kes atau 2.60 peratus adalah lewat daftar empat  hingga lima hari dan 17 kes atau 1.58 peratus adalah kes yang berdaftar lewat melebihi lima hari.

“Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 611 kes atau 56.7 peratus, Saringan Bergejala 306 kes atau 28.4 peratus, 36 kes atau 3.3 peratus daripada Saringan Kluster, dan 125 kes atau 11.6 peratus melalui Saringan Lain-lain.

“Daripada 1,078 kes yang berdaftar hari ini, 316 kes atau 29.31 peratus adalah pesakit dalam Kategori 1, 677 kes atau 62.80 peratus dalam Kategori 2, empat kes dalam Kategori 3, 12 kes dalam Kategori 4 dan  lapan kes dalam Kategori 5 manakala 61 kes masih dalam siasatan,” katanya.

Katanya, sebanyak 89.15 peratus daripada jumlah keseluruhan pesakit adalah warganegara Malaysia.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *