HomeIsu tempatanKumpulan Logop Charity Agih Sumbangan Kepada 80 Keluarga Mangsa Banjir Penampang &...

Kumpulan Logop Charity Agih Sumbangan Kepada 80 Keluarga Mangsa Banjir Penampang & Papar

Read Time:1 Minute, 20 Second

PAPAR: Sekumpulan individu yang dikenali sebagai ‘Logop Charity’ mengambil inisiatif mengagihkan bantuan berbentuk air mineral dan barangan keperluan kepada 80 buah keluarga mangsa banjir membabitkan daerah Penampang dan Papar, semalam.

Ketua kumpulan Logop Charity, Bibiana Binidict berkata kumpulannya yang terdiri daripada 11 orang individu itu telah mengumpul dan mengagihkan sumbangan terbabit daripada orang ramai dan juga hasil dari kutipan jualan kemeja T yang dikendalikan pihaknya.

“Hasil jualan kemeja T Logop Charity, sumbangan orang ramai dan juga termasuk sumbangan peribadi dari ahli kumpulan kami, kami agihkan semua sumbangan berbentuk air mineral dan keperluan harian ini ke tiga buah kampung.

“Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Sugud Penampang, Kampung Babah Penampang dan Kampung Labak Kinarut Papar.

“Bantuan yang diagihkan terbabit dapat memberi manfaat kepada 30 buah keluarga di Kampung Sugud, 12 keluarga di Kampung Babah dan 40 keluarga di Papar,” katanya.

Selain itu, Bibiana turut berkata selain air mineral, antara jenis bantuan yang diberikana ialah pakaian terpakai, barangan dapur, bahan memasak, barangan dapur terpakai, barangan keperluan harian, barangan bayi termasuk lampin pakai buang dan juga pelitup muka.

“Diharapkan dengan agihan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringkan beban mangsa banjir terutamanya yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda. Kami cuba melakukan yang terbaik sedaya mungkin,” katanya.

Mengulas mengenai kumpulan Logop Charity, beliau berkata pada asalnya ia terdiri dari sekumpulan rakan-rakan terdekat yang aktif dengan kegiatan aktiviti kebajikan.

“Kami mula aktif pada tahun ini dan semuanya bermula apabila kami menghantar sumbangan untuk mangsa banjir di Beaufort yang berlaku sekitar pertengahan tahun ini.

“Kemudian kami meneruskan aktiviti kumpulan kami dengan menghantar dan mengagihkan sumbangan untuk golongan memerlukan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perluas kerjasama peringkat antarabangsa dalam pengurusan bencana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya