HomeUtamaHajiji Mempengerusikan Mesyuarat BPN Bersatu

Hajiji Mempengerusikan Mesyuarat BPN Bersatu

Read Time:30 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mempengerusikan Mesyuarat Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah di sebuah hotel di Kota Kinabalu, hari ini.

Hajiji yang juga merupakan Ketua BPN Bersatu Sabah berkata, mesyuarat tersebut telah membincangkan secara mendalam mengenai pelbagai perkara yang memerlukan perhatian dan mengambil maklum semua tindakan berkaitan dengan parti ini di Sabah.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Timbalannya, Datuk Seri Masidi Manjun, Setiausaha Kerja BERSATU Malaysia, Kapten (B) Datuk Muhammad Suhaimi Yahya, Bendahari BERSATU Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha, Mohamed Razali Razi dan Ketua Penerangan, Khairul Firdaus Akbar.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya