HomeUtamaMaritim Malaysia Rampas Bot Dipercayai Lakukan Aktiviti Bom Ikan

Maritim Malaysia Rampas Bot Dipercayai Lakukan Aktiviti Bom Ikan

Read Time:57 Second

KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kudat merampas sebuah bot dipercayai melakukan aktiviti bom ikan di perairan Pulau Banggi Kudat, petang kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, bot terbabit ditahan di kedudukan lebih kurang 0.3 batu nautika Selatan Tanjung Perak, Pulau Banggi, Kudat lebih kurang jam 1.50 petang kelmarin, hasil maklumat daripada Unit Perisikan Maritim Malaysia,

“Menyedari kehadiran bot ronda Maritim Malaysia, dua suspek nekad terjun ke laut dan melarikan diri ke arah kawasan cetek hutan bakau berhampiran dengan meninggalkan bot.

“Pemeriksaan ke atas bot suspek menemui tujuh botol bom ikan mengandungi baja, satu paket kecil racun ikan dan tujuh bahan peledak beserta sumbu,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Boon berkata, bot serta kesemua peralatan mengebom ikan dirampas dan dibawa ke Jeti Maritim Kudat untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 26(1)(a) Akta Perikanan 1985 iaitu menggunakan bahan letupan (bom ikan) untuk menangkap ikan.

“Komuniti maritim diingatkan untuk melaporkan sebarang salah laku jenayah atau maklumat kecemasan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611858 atau talian MERS 999 yang beroperasi 24jam,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya