HomeIsu tempatanProgram My STEM Ambassador UMS Titip Kesedaran Pemuliharaan Alam Semula Jadi

Program My STEM Ambassador UMS Titip Kesedaran Pemuliharaan Alam Semula Jadi

Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU:  Selari dengan peranan memasyarakatkan ilmu, Persatuan My STEM Ambassador Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan forum bertemakan alam semula jadi bersempena sambutan Bulan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Kebangsaan 2021.

Forum bertajuk ‘Ways to Preserve Nature’ dianjurkan dengan kerjasama U-Science, dan Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) UMS bertujuan memupuk pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan memelihara serta memulihara alam semula jadi.

Program yang disiarkan secara langsung melalui Facebook dan YouTube My STEM Ambassaor UMS itu disampaikan oleh Kurator Kanan IBTP, Patherine Jimbau.

Menurut Patherine, pelbagai kaedah pemuliharaan boleh dijalankan bermula di kawasan kediaman masing-masing sebagai langkah awal untuk memupuk kesedaran dalam kalangan golongan muda.

“Penjagaan ini boleh bermula dari rumah melalui aktiviti seperti kitar semula bahan-bahan buangan domestik, kaedah kompos bahan buangan organik, penggunaan semula bahan terbuang dan penggunaan air secara berhemah.

“Saya percaya adik-adik sudah mula menjaga alam sekitar dengan membuang sampah di tempat yang betul. Ini sangat mudah untuk dilaksanakan.

“Jika semua orang mampu membuang sampah di tempat yang betul, pasti generasi muda hari ini akan dapat manfaat yang lebih baik dan dapat mengurangkan jumlah sampah di sekeliling kita,” ujarnya.

Tambah Patherine, aktiviti menanam pokok juga mampu memelihara alam semula jadi dan memberikan terapi kepada orang ramai yang mungkin mengalami tekanan pada musim pandemik ini.

“Selain membekalkan oksigen kepada manusia dan haiwan, aktiviti menanam pokok juga dapat mengelakkan daripada terjadinya hakisan tanah, mengimbangkan suhu alam dan sebagai penampan angin yang baik,” katanya.

Pada perkongsian tersebut, Patherine turut menjemput orang awam untuk mengunjungi Galeri BORNEENSIS di IBTP UMS yang merupakan sebuah galeri pameran berkaitan keunikan spesis flora dan fauna di Sabah.

“Melalui Program Rakan Borneensis, peserta berpeluang untuk mendekati dan mencintai alam semula jadi melalui aktiviti seperti bird-watching, jungle trekking, pembuatan specimen serangga, pembuatan herbarium serta perkemahan selama dua hari di UMS,” jelasnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular