COVID-19 : Sabah Catat Sedikit Peningkatan Namun Masih Dibawah Paras 1,000 Kes

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:2 Minute, 59 Second

KOTA KINABALU : Sabah mencatat peningkatan kumulatif harian jangkitan COVID-19 yang agak besar hari ini namun masih dibawah paras 1,000 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kumulatif angka kes yang direkodkan pada hari ini adalah sebanyak 965 kes dengan peningkatan sebanyak (+214) kes.

Katanya, sehingga kini, kes harian tertinggi yang pernah direkodkan di negeri Sabah adalah sebanyak 3,487 kes yang dicatatkan pada 26 Ogos lalu.

“Data dalam 30 hari jika diterjemahkan dalam bentuk graf akan memperlihat Sabah sedang mengalami trend penurunan walaupun rekod harian adalah tidak statik.

“Adalah sukar untuk menjangka atau meramal sama ada pada hari berikutnya akan berlaku peningkatan atau penurunan kes. Ini ialah kerana pembolehubah (variable) terbesar yang mempengaruhi jumlah peningkatan atau penurunan kes adalah sejauh mana pematuhan masyarakat terhadap SOP yang telah digariskan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Beliau berkata, peratusan jumlah positif melalui saringan bergejala amat tinggi di beberapa daerah.

Katanya, antaranya di Lahad Datu, 52 daripada 96 kes di daerah tersebut adalah dari kategori saringan bergejala, 43 daripada 64 di Sandakan, 16 daripada 40 kes di Tawau, 23 daripada 36 di Kota Belud dan 44 daripada 105 di Kota Marudu.

“Kes-kes bergejala (kes sporadik) sering dikaitkan dengan kegagalan mematuhi SOP. Mengikut ramalan awal, kes di Sabah berkemungkinan akan naik semula apabila keputusan saringan keatas kontak mereka yang bergejala diketahui.

“Dapat dirumuskan pada hari ini trend peningkatan kumulatif harian Negeri Sabah adalah sejajar dengan jumlah daerah yang merekodkan peningkatan kes iaitu 19 daerah, dengan kumulatif peningkatan kes bagi keseluruhan daerah tersebut adalah (+359) kes.

“Bilangan daerah yang merekodkan penurunan kes adalah lapan daerah dengan kumulatif penurunan kes sebanyak (-145) kes,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, bagi kawasan bandar utama pula, Kota Kinabalu mencatatkan penurunan kes apabila merekodkan 95 kes pada hari ini dengan penurunan sebanyak (-52) kes. Angka kes bagi bandar-bandar lain ialah Lahad Datu 96 (+46) kes, Kudat 21 (+14) kes, Tawau 40 (+11) kes, Putatan 27 (+6) kes, Sandakan 64 (+4) kes, Penampang 19 (-17) kes dan Semporna 11 (-1) kes.

Katanya, daerah lain yang merekodkan peningkatan ketara pada hari ini ialah Kota Marudu 105 (+78) kes, Ranau 88 (+71) kes, Keningau 96 (+21) kes, Tuaran 65 (+19) kes, Pitas 36 (+17) kes, Nabawan 29 (+15) kes, Sipitang 23 (+14) kes dan Beaufort 19 (+13) kes.

“Manakala daerah yang merekodkan penurunan ketara pula ialah Kinabatangan 15 (-52) kes dan Papar 26 (-11) kes.

“Kes daftar tertunggak telah berkurangan dan kurang daripada 3 peratuskes yang didaftar tertunggak bagi kes melebihi empat hari ke atas. Daripada 965 kes yang didaftar hari ini, 229 kes atau 23.7 peratus adalah kes-kes lewat daftar antara dua hingga tiga hari, 21 kes atau 2.18 peratus adalah lewat daftar empat hingga lima hari dan 5 kes atau 0.52 peratus adalah kes yang berdaftar lewat melebihi lima  hari selepas keputusan saringan diketahui.

“Terdapat lapan kes melibatkan OKT atau Banduan yang direkodkan hari ini,” katanya.

Tambahnya, saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 566 kes atau 58.7 peratus, Saringan Bergejala 331 kes atau 34.4 peratus, 4 kes atau 0.4 peratus  daripada Saringan Kluster dan 64 kes atau 6.6 peratus melalui Saringan Lain-lain.

“Daripada 965 kes yang berdaftar hari ini, 180 kes atau 18.65 peratus adalah pesakit dalam Kategori 1, 707 kes atau 73.26 peratus dalam Kategori 2, 8 kes dalam Kategori 3, 8 kes dalam Kategori 4 dan 3 kes dalam Kategori 5. 59 kes masih dalam siasatan. 95.44 peratus daripada jumlah keseluruhan pesakit adalah warganegara Malaysia,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *