HomeUtamaBung Akui Berdepan Pelbagai Cabaran Terajui KKRS

Bung Akui Berdepan Pelbagai Cabaran Terajui KKRS

Read Time:3 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU : Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin mengakui berdepan pelbagai cabaran menerajui Kementerian Kerja Raya Sabah (KKRS) bagi tempoh setahun lalu.

Katanya, sebagai sebuah kementerian yang bertanggungjawab bagi menyedia dan menangani pelbagai isu berkaitan infrastuktur di Sabah sudah tentu sentiasa menjadi perhatian masyarakat khususnya yang membabitkan isu air dan jalan raya.

“Tahun pertama saya menerajui kementerian, ia sangat mencabar kerana kementerian ini sentiasa menjadi perhatian masyarakat khususnya yang membabitkan infratuktur asas kepentingan rakyat.

“Keadaan lebih mencabar   apabila COVID-19 melanda dan kita terpaksa menghadapinya dalam keadaan tidak bersedia. Saya mengakui sebaik melangkah masuk ke kementerian ini, banyak cabaran yang perlu saya lalui antaranya isu-isu berkaitan infrastuktur asas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sempena Setahun Pemerintahan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) disini hari ini.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata, pelbagai isu yang belum selesai dan terpaksa diwarisi seperti sistem perhubungan jalanraya, bekalan air bersih dan bencana alam yang tidak dijangka.

Katanya, beliau telah menggariskan beberapa misi utama bagi menyelesaikan masalah jalan raya dan air berikutan ia seting membelenggu rakyat di negeri ini.

“Saya mengakui sistem perhubungan jalanraya di negeri ini masih jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain. Usaha berterusan akan terus dilaksanakan bagi membaiki jalan-jalan yang rosak samaada yang dikendalikan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mahupun konsesi yang dipertanggungjawabkan.

“Sekarang ini kira-kira RM1 bilion satu tahun untuk melaksanakan projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah, jika dibuat perkiraan, 45 tahun pun belum tentu projek ini boleh siap untuk dinikmati oleh rakyat,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri telah mengambil keputusan agar projek ini diteruskan dengan keadah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan cadangan tersebut telah dikemukakan kepada kerajaan pusat untuk kelulusan.

Tambahnya, projek itu penting untuk rakyat Sabah bukan sahaja untuk kemudahan perhubungan jalanraya  yang lebih baik, selesa tetapi boleh mentransformasikan kawasan luar bandar sekali gus boleh melonjakkan taraf  siso-ekonomi rakyat.

“Kita mempunyai tiga fasa iaitu melibatkan pembinaan keseluruhan sepanjang 1,236 kilometer (km) dengan anggaran kos RM40.2 bilion.

“Fasa satu projek ini melibatkan 35 pakej telah siap proses reka bentuk membabitkan pembinaan sejauh 706km dengan kos RM15.2 bilion dan 15 pakej dalam peringkat pembinaan pada masa ini, melibatkan 317.6km dengan kos RM7.98 bilion di bawah pembiayaan kerajaan Persekutuan,” katanya.

Sementara itu, berhubung isu air, Bung berkata, hampir seluruh negeri ini menghadapi masalah bekalan air bersih disebabkan permintaan agak tinggi dengan wujudnya bandar-bandar baharu, kawasan perumahan dan perindustrian.

Katanya, daripada 84 loji rawatan air di Sabah, sebanyak 22 loji rawatan air menghadapi masalah seperti kedudukan yang tidak sesuai dan tidak mampu menampung keperluan pengguna.

“Untuk menangani isu ini kita memerlukan sekurang-kurang RM13 bilion untuk meningkatkan prasarana ini termasuk mengganti paip sedia ada dan membina loji rawatan air (LRA) yang baharu.

“Bagi menangani isu bekalan air ini , KKRS telah pun membentangkan kepada kabinet hala tuju serta strategi jangka panjang untuk mengurus bekalan air negeri ini termasuklah merombak operasi Jabatan Air Sabah dan menswastakan perkhidmatan  bekalan air untuk mengatasi gangguan bekalan air yang sering berlaku di negeri ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Program ‘Education For Us’ mampu perkasa peranan PIBG

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya