HomeSukanSabah FC Perlu Kekal Prestasi, Pastikan Tidak Kehilangan Mata

Sabah FC Perlu Kekal Prestasi, Pastikan Tidak Kehilangan Mata

Read Time:1 Minute, 9 Second

KELANTAN: Sabah FC perlu segera menyesuaikan diri bermain di sebelah petang menentang Kelantan FC dalam aksi kedua Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Muhammad ke IV petang esok.

Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata, perubahan waktu perlawanan di sebelah petang, kemungkinan besar memberi impak yang berlainan kepada pasukannya.

Katanya, Sabah FC tidak boleh memandang rendah terhadap pasukan tuan rumah selepas mereka hanya tewas tipis 0 – 2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali gus ini membuktikan pasukan Kelantan FC mempunyai kekuatan yang tersendiri.

“Oleh itu kita harus memperbaiki kelemahan yang ada. Saya percaya dalam latihan dua dan tiga hari lalu selepas perlawanan dengan PJ City kita sudah mengenal pasti beberapa kelemahan yang ada.

“Perlawanan menentang Kelantan FC sangat penting. Kita perlu memastikan supaya Sabah FC tidak kehilangan mata apabila bertemu Kelantan FC. Ini penting untuk memastikan peluang kita untuk ke mara ke peringkat seterusnya masih lagi terbuka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Kim Swee berkata sekiranya pada Sabah FC mendapatkan sebarang mata kemungkinan besar tugas berat akan lebih mencabar apabila selepas ini akan bermain menentang JDT di Stadium Likas pada 29 Oktober depan.

“Kita lihat pada perlawanan pertama menentang PJ City FC, kita agak baik terutamanya pada separuh masa pertama tetapi banyak kelemahan di separuh masa kedua.

“Kita sudah mengenalpasti kelemahan ini berharap semua pemain dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan esok petang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya