HomeUtamaCOVID-19 : Sabah Catat 1,000 Kes Positif

COVID-19 : Sabah Catat 1,000 Kes Positif

Read Time:2 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Sabah kembali merekodkan kes jangkitan COVID-19 kepada empat angka hari ini dengan mencatatkan 1,000 kes yang merupakan peningkatan sebanyak 35 kes berbanding 965 kes semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Sabah sebelum ini pernah merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 3,487 kes yang dicatatkan pada 26 Ogos lalu.

“Terdapat 14 daerah yang merekodkan peningkatan kes dengan kumulatif peningkatan (+204) kes, manakala 13 daerah lagi mencatatkan penurunan kes dengan kumulatif penurunan (-169) kes.

“Bagi kawasan bandar utama pula, Kota Kinabalu mencatatkan peningkatan kes apabila merekodkan 114 (+19) kes. Angka kes bagi bandar-bandar lain ialah Penampang 58 (+39) kes, Sandakan 96 (+32) kes, Kudat 29 (+14) kes, Semporna 12 (+1) kes, Lahad Datu 49 (-47) kes, Putatan 17 (-10) kes dan Tawau 31 (-9),” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, daerah lain yang merekodkan peningkatan ketara pada hari ini ialah Papar dengan 52 (+26) kes, Kota Belud 59 (+23) kes, Tenom 34 (+12) kes, Kunak 18 (+12) kes, Ranau 99 (+11) kes dan Beaufort 29 (+10) kes.

Katanya, bagi daerah yang merekodkan penurunan ketara pula ialah Kota Marudu 70 (-35) kes, Tuaran 51 (-14) kes, Telupid 4 (-13) kes dan Sipitang 13 (-10) kes.

“Kurang daripada tiga peratus kes tertunggak yang melebihi empat hari didaftarkan hari ini menandakan terdapat peningkatan dalam urustadbir data.

“Daripada 1000 kes yang didaftar hari ini, 326 kes atau 32.6 peratus adalah kes-kes lewat daftar antara dua hingga tiga hari, 24 kes atau 2.40 peratus adalah lewat daftar empat hingga lima hari dan lima kes atau 0.50 peratus adalah kes yang berdaftar lewat melebihi  lima hari selepas keputusan saringan diketahui,” katanya.

Tambahnya, terdapat 15 kes melibatkan OKT atau Banduan yang direkodkan hari ini.

Dalam pada itu, Masidi berkata, Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 551 kes atau 55.1 peratus.

Katanya, bagi Saringan Bergejala sebanyak 349 kes atau 34.9 peratus di rekodklan; 24 kes atau 2.4 peratus daripada Saringan Kluster, satu kes atau 0.1 peratus dari Saringan Bersasar dan 75 kes atau 7.5 peratus melalui Saringan Lain-lain.

“Daripada 1,000 kes yang berdaftar hari ini, 232 kes atau 23.2 peratus adalah pesakit dalam Kategori 1, 715 kes atau 71.5 peratus dalam Kategori 2, dua kes dalam Kategori 3, tujuh kes dalam Kategori 4 dan lima kes dalam Kategori 5.

“39 kes lagi masih dalam siasatan. 95.3 peratus daripada jumlah keseluruhan pesakit adalah warganegara Malaysia,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Mayat lelaki warga Sweden ditemui dalam kapal pelayaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular