HomeUtamaWarga Indonesia di Sabah Diseru Dapatkan Vaksinasi COVID-19

Warga Indonesia di Sabah Diseru Dapatkan Vaksinasi COVID-19

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU : Penduduk warga Indonesia yang berada di negeri ini diseru untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terdekat bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Konsul Jeneral Republik Indonesia, Bapak Krishna Djelani berkata, langkah itu bagi menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) selain membantu kerajaan Sabah mencapai imuniti kelompok.

“Saya sangat menghargai apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Sabah terutama dalam pelaksanaan pemberian vaksinasi COVID-19.  Sehingga kini hampir 50,000 warga Indonesia di negeri ini sudah divaksinasi.

“Semalam, dalam pertemuan saya bersama Ketua Menteri Sabah juga menyentuh isu vaksinasi terutama golongan yang takut divaksin ekoran masalah dokumen,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan perpisahan terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, disini hari ini.

Krishna berkata, beliau memberi jaminan bahawa pemberian vaksin COVID-19 itu adalah untuk semua tidak kira yang mempunyai dokumen atau tidak bagi mengelakkan jangkitan COVID=19 kepada rakyat Sabah.

“Oleh itu, saya menyeru kepada warga Indonesia kerana Kerajaan Sabah telah menyediakan fasiliti vaksin secara percuma dan kita harus mendukung program dari Kerajaan Sabah untuk menciptakan imuniti kelompok,” katanya.

Beliau yang telah berkhidmat selama lima tahun di Sabah dan berakhir esok turut mendedahkan jumlah warganya yang bekerja secara sah di Sabah kini mencapai 167,000 orang.

Katanya, beliau turut mengandaikan bilangan tersebut tidak termasuk golongan yang tidak mempunyai dokumen secara sah.

Mengulas mengenai hubungan bilateral di antara kerajaan Indonesia dan Malaysia, beliau memaklumkan, kedua-dua buah negara bekerjasama rapat dari segi pembangunan sosio-ekonomi, keselamatan, kesihatan dan sebagainya sejak sekian lama.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas individu, syarikat gagal selesaikan tunggakan bayar cukai, kompaun –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya