HomeUtamaSabah Kutip RM1.25 Billion Hasil Cukai Jualan Daripada PETRONAS

Sabah Kutip RM1.25 Billion Hasil Cukai Jualan Daripada PETRONAS

Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU : Sabah telah mengutip RM1.25 billion cukai jualan ke atas produk petroleum daripada PETRONAS sejak cukai itu mula dikutip tahun lalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, jumlah itu melibatkan kutipan berjumlah RM177.88 juta pada tahun lalu dan sebanyak RM1.07 billion telah berjaya dikutip setakat Ogos bagi tahun semasa 2021.

“Setakat 31 Ogos lalu, sejumlah  RM3.83 billion hasil negeri telah berjaya dikutip. Kadar ini mencapai prestasi 120 peratus iaitu melebihi sasaran yang ditetapkan dalam tempoh tersebut.

“Sebaik sahaja mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri, dalam mesyuarat rasmi pertama saya bersama Perdana Menteri, antara persetujuan yang dicapai adalah untuk memastikan Petronas memulakan pembayaran cukai jualan ke atas produk petroleum pada kadar segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat sempena Setahun Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Bersama Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) disini hari ini.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, selain cukai itu, kerajaan juga mensasarkan kutipan pembayaran dividen oleh Badan Berkanun Negeri dan Syarikat Kerajaan Negeri (GLC)  sebanyak RM100 juta pada tahun 2021.

Katanya, antara agensi serta syarikat yang mengisytiharkan keuntungan pada penghujung tahun perlu membayar minimum 10 peratus dividen selaras dengan polisi dividen yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

“Sehingga September tahun ini, sebanyak RM25.72 juta dividen telah dikutip dan dijangka sasaran ini akan dapat dicapai menjelang penghujung tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, kerajaan negeri juga turut meneroka sumber baharu melalui ekplorasi sumber khazanah alam negeri dengan pengurusan secara mapan.

Katanya, antara inisiatif yang dirancang adalah pembangunan dan penjanaan pendapatan melalui perdagangan kredit karbon.

“Atas sebab itu, Kerajaan Negeri mengambil keputusan tegas untuk lebih awal membuka semula aktiviti ekonomi.

“Tindakan ini dibuat atas kesedaran bahawa kita perlu bersedia untuk menjalani kehidupan di kala pandemik masih berada di persekitaran kita.

“Kerajaan mungkin boleh terus menyalurkan bantuan sekiranya kita memilih untuk terus menutup aktiviti ekonomi, namun bantuan terhad tersebut tidak akan dapat memulihkan sosio-ekonomi dan kualiti hidup rakyat dalam tempoh jangka masa panjang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular