HomeUtamaSabah Kaji Semula Jumlah Jemaah Solat Jumaat & Fardu

Sabah Kaji Semula Jumlah Jemaah Solat Jumaat & Fardu

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah akan mengkaji semula jumlah jemaah solat Jumaat dan fardu di masjid utama selepas ia dinaikkan kepada 300 orang sebelum ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia bergantung kepada jumlah jangkitan kumulatif harian COVID-19 yang direkodkan di negeri ini.

“Buat masa ini prosedur standard operasi (SOP) bagi aktiviti keagamaan masih sama khususnya membabitkan jumlah jemaah solat Jumaat dan fardu di masjid utama.

“Namun jika semua sudah beransur pulih, kita akan kaji semula jumlah jemaah ini dalam dua minggu. Sekiranya jumlah kumulatif jangkitan berkurangan, kita akan mohon untuk kelonggaran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghantar pelajar-pelajar Sabah melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) disini hari ini.

Mohd Arifin berkata, ketika ini lebih 100 buah Surau di seluruh negeri telah diberi kebenaran bagi melaksanakan solat Jumaat dengan kapasiti 50 orang.

“Pada ketika ini, kita juga memberi kebenaran kepada surau-surau yang memohon untuk melaksanakan solat Jumaat. 

“Namun sekiranya ada kelonggaran satu masa nanti, kita akan kembalikan solat Jumaa ini ke Masjid, ini hanyalah sementara,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya