HomeUtamaHajiji Terima Kunjungan Menteri Di JPM

Hajiji Terima Kunjungan Menteri Di JPM

Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Parlimen dan Undang-Undang) Dato’ Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri di JPM (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili di kediaman rasminya di Sri Gaya, hari ini.

Hajiji berkata, pelbagai perkara melibatkan perundangan serta polisi telah dibincangkan dan ditelitikan dalam perjumpaan itu.

“Ini adalah bertujuan untuk memastikan sebarang perundangan dan polisi, tidak bercanggah dengan perlembagaan sekaligus menjamin dan memelihara hak rakyat khususnya rakyat Sabah.

“Pihak kerajaan negeri akan sentiasa memastikan setiap polisi atau dasar yang dipinda adalah atas dasar kesejahteraan rakyat terutamanya melibatkan ekonomi negeri dan rakyat.

“Saya percaya dibawah kepimpinan baharu Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri, agenda untuk mengembalikan hak-hak rakyat Sabah dan Sarawak bukanlah omong kosong sebaliknya merupakan antara fokus utama kerajaan yang akan ditunaikan,” katanya.

Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Datuk Seri Safar Untong dan Peguam Negeri, Datuk Nor Asiah Mohd.Yusof.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular