Pesakit Covid-19 Cuba Melarikan Diri, Terperangkap Di Dinding Luar Tingkat 1 Bangunan Hospital Keningau

Read Time:36 Second

KENINGAU: Seorang wanita pesakit COVID-19 dipercayai cuba melarikan diri dari wad Hospital Keningau tidak berhasil apabila dia terperangkap di bahagian luar dinding tingkat 1 bangunan hospital tersebut.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Keningau Sharudy Delamin, wanita berumur 24 tahun, seorang pesakit COVID-19, itu dikatakan cuba melarikan dari hospital tetapi terperangkap di bahagian luar dinding bangunan tingkat 1, Hospital Keningau.

“Pihak Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.19 pagi tadi (3 Oktober 2021) mengenai kejadian itu.

“Pasukan bomba yang lengkap berpakaian peralatan pelindung diri (PPE) berjaya menyelamatkan mangsa dengan menggunakan tangga,” katanya.

Mangsa yang tidak mengalami kecederaan kemudiannya diserahkan kepada pihak hospital dan seterusnya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi ditamatkan pada jam 7.39 pagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *