HomeUtamaYNJ Serah Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran

YNJ Serah Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU:  Seramai 56 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran di Kampung Meruntum dan Kampung Pandan menerima sumbangan berupa bakul makanan dan wang tunai.

Pengerusi Yayasan Nur Jauhar (YNJ) Brigedier Al Hambra Tun Juhar berkata, sumbangan yang disalurkan YNJ itu merupakan kerjasama bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia dibawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Hasil Prihatin.

“Pada hari ini, Yayasan menyampaikan sumbangan bakul makanan dan wang tunai kepada setiap KIR iaitu mangsa kebakaran di Kampung Meruntum dan Kampung Pandan yang berlaku pada Mei lalu.

“Diharapkan dengan sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan berkenaan di Dewan Seri Kinabalu, Istana Seri Kinabalu disini hari ini.

Majlis penyerahan sumbangan serta bakul makanan disempurnakan isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang juga Penasihat YNJ.

Pada majlis itu, Toh Puan Norlidah turut menyampaikan bakul makanan masing-masing kepada 101 KIR mangsa kebakaran di Tanjung Aru dan 500 bakul lagi kepada Kelab Kebajikan Raisul Assalam.

Turut menerima sumbangan sama, golongan asnaf dari tiga buah daerah iaitu Tuaran, Pitas dan Kota Marudu.

Toh Puan Norlidah yang diiringi Al Hambra juga menyampaikan 40 bakul makanan kepada wakil Rejimen 507 Askar Wataniah.

Hadir sama pada program itu, Pengerusi Sri Kandi LHDNM, Datin Sri Adreen Aderizza dan Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip./Penerangan-

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas individu, syarikat gagal selesaikan tunggakan bayar cukai, kompaun –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya