HomeUtamaCOVID-19: Dua Kluster Baharu Direkod Melibatkan Pekerja Ladang Sawit

COVID-19: Dua Kluster Baharu Direkod Melibatkan Pekerja Ladang Sawit

Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Dua kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini merupakan kluster jenis tempat kerja yang melibatkan pekerja di ladang sawit.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dua kluster tersebut iaitu Kluster Sungai Tabulion, Kinabatangan dan Kluster Sandau Sawit, Kinabatangan.

Katanya, Kluster Sungai Tabulion, Kinabatangan dikesan berlaku di tempat kerja iaitu di Ladang Sawit Malbumi Gedau, Kinabatangan.

“Kes indeks merupakan pekerja pembersihan, wanita, 52, bukan warganegara yang mula bergejala pada 17 September 2021, didapati positif COVID-19 pada 28 September 2021 setelah ujian saringan bergejala RTK AG dibuat di Hospital Duchess of Kent,” kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.

Sementara itu, aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati, seramai 62 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes positif dalam kluster ini sebanyak 63 kes.

Manakala Kluster Sandau Sawit, Kinabatangan yang juga merupakan kluster tempat kerja iaitu di kilang sawit di daerah Kinabatangan.

Menurut Masidi, kes indeks adalah pemandu kilang lelaki, 30, warganegara Indonesia yang dikesan positif COVID-19 melalui RTK AG di Klinik Mabello Paris Kinabatangan pada 29 September 2021 untuk tujuan saringan tempat kerja.

“Seterusnya aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati, seramai 27 orang kontak sosial, pekerja telah didapati positif COVID-19.

“Setakat hari ini, terdapat 28 kes positif dalam kluster ini termasuk 25 kes baharu yang dilaporkan,” jelasnya.

“Susulan kes tersebut, siasatan dan persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di kedua-dua lapangan kluster terlibat untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain,” ujar Masidi.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya