Perkhidmatan WhatsApp, FB dan Instagram tergendala

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:53 Second

Cyberjaya – WhatsApp, Facebook dan Instagram kelihatan ketika ini mengalami masalah sehingga membuatkan para pengguna media sosial beralih ke Twitter serta beberapa aplikasi perbualan seperti telegram dan signal untuk membangkitkan isu tersebut.

Hasil tinjauan mendapati mesej WhatsApp tidak dapat dikirim dan diterima, manakala pautan Facebook dan Instagram juga mengalami ralat, serta tidak boleh dibuka.

Halaman Facebook hanya menunjukkan mesej yang mengatakan “Maaf. Ada yang tidak kena Kami sedang mengusahakannya dan kami akan memperbaikinya secepat mungkin. ”

Setakat ini tidak ada pengumuman mengenai status aplikasi ini di laman Twitter rasmi mereka.

Bagaimanapun, Twitter dibanjiri dengan aduan mengenai perkara itu, malah tampaknya menjadi gangguan global.

Berdasarkan laporan DownDetector menyatakan masalah itu dikesan berlaku pada jam 11.30 malam (waktu Malaysia) untuk ketiga-tiga perkhidmatan berkenaan.

Laporan itu juga menyatakan bahawa lebih 40,000 pengguna ketiga-tiga perkhidmatan berkenaan sudah mengemukakan aduan berhubung gangguan terbabit.

Berdasarkan perangkaan awal, sebanyak 43 peratus pengguna menghadapi masalah berkenaan dan 27 peratus pengguna tidak dapat menghantar mesej menerusi aplikasi berkenaan.

Wujud juga laporan menyatakan bahawa ia mungkin berpunca daripada pelayan utama aplikasi berkenaan menghadapi gangguan perkhidmatan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *